Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Tuesday 3 September 2013

Syarat Wali dan Perempuan


WALI
Ahli keluarga lelaki yang hampir dengan pengantin permpuan.
  • Wali adalah amat penting dalam satu akad perkahwinan tanpa wali perkahwinan itu tidak sah.
  • Islam mensyariatkan wali dalam  perkahwinan kerana perempuan adalah golongan lemah dan mesti ada pengawasan

Jenis Wali
  1. Wali Mujbir.
 laitu bapa atau datuk daripada sebelah bapa hinggga ke atas kepada seseorang gadis.
  1. Wali bukan mujbir.,
 laitu wali-wali selain daripada bapa dan datuk atau semua wali bagi janda.
  • Wali mujbir boleh mengahwinkan anak perempuannya yang masih dara samada yang sudah cukup umur atau belum tanpa perlu meminta izin gadis tersebut.
  • Wali mujbir disunatkan supaya meminta izin dan persetujuan daripada terlebih dahulu.
  • Wali bukan mujbir, mestilah meminta izin terlebih dahulu daripada gadis.
  • Antara tanda yang menunjukkan gadis bersetuju sudah memadai dengan diam atau dia tersenyum

Wali perkahwinan itu mestilah dengan syarat:
  1. Tidak ada permusuhan antara wali mujbir  dengan gadis.
  2. Gadis dengan lelaki yang akan dinikahinya juga tidak ada permusuhan.
  3. Lelaki yang akan dinikahkan dengan perempuan ada kufu.
  4. Pengantin lelaki sanggup membayar mas kahwin kepada gadis yang akan dikahwin.

Bahagian Wali
  1. Wali nasab.
  2. Wali hakim.

Susunan Wali Nasab mengikut Akrab
  1. Bapa
  2. Datuk lelaki dari sebelah bapa hingga ke atas.
  3. Adik-beradik lelaki seibu sebapa.
  4. Adik-beradik lelaki sebapa.
  5. Anak-anak saudara lelaki seibu sebapa hingga ke bawah
  6. Anak saudara lelaki sebapa hingga ke bawah.
  7. Bapa saudara seibu sebapa.
  8. Bapa  saudara sebapa.
  9. Anak lelaki daripada bapa saudara seibu sebapa hingga ke bawah.
  10. Anak lelaki daripada bapa saudara sebapa hingga ke bawah.

Wali Hakim.
Ialah sultan atau wakilnya.  Apabila wali nasab tidak ada perempuan dinikahkan oleh wali hakim.

Sebab perempuan berkahwin menggunakan wali hakim ialah:
  1. Tiada wali nasab
  2. Wali aqrab tidak cukup syarat sebagai wali sedangkan  wali ab’ad tidak ada.
  3. Wali aqrab menghilangkan diri dan tiada wakilnya.
  4. Wali aqrab ditahan atau dipenjara.
  5. Wali aqrab tidak dapat dikesan.
  6. Wali aqrab dalam ihram.
  7. Wali aqrab enggan menikahkan.
  8. Wali aqrab menyembunyikan diri.
  9. Wali aqrab hilang dan tidak diketahui tempatatau  hidup dan matinya.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...