Bagi orang yang sedang berhadas besar sama ada berjunub, haid atau nifas tidak ada halangan(harus) untuk mereka memotong kuku.
Termasuklah dalam masalah ini adalah memotong rambut..
Namun ada segelintir Ulama’ Mazhab Syafie yang berpandangan makruh potong kuku dan rambut ketika berhadas besar. Mereka beralasan bahawa rambut yang gugur akan dikembalikan semula di akhirat nanti ketempatnya dan rambut yang tidak dikenakan air mandi hadas tidak akan bercahaya.
Saya tidak pasti apa nas yang dijadikan sandaran oleh segelintir Ulama Syafieyah tersebut. Apapun ia bukanlah satu dosa jika dilakukan bahkan menurut Jumhur Ulama’ harus.
Sumber: Minda Kini
No comments:
Post a Comment