Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 10 November 2013

Suami Norazita rayu henti sebar gambar ngeri arwah


IRWAN Kamaruddin ditenteramkan ahli keluarganya ketika menunggu jenazah isterinya, Norazita Abu Talib, pegawai Ambank yang mati di tembak pengawal keselamatan bank itu sendiri Subang Jaya semalam, dibedah siasat di Hospital Serdang hari ini. - UTUSAN

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Suami kepada pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib yang mati ditembak pengawal keselamatan bank itu sendiri merayu orang ramai agar berhenti menyebarkan gambar arwah isterinya selepas kejadian itu di Internet.

Irwan Kamarudin, 37, berkata, tindakan pihak-pihak terbabit yang menyebarkan gambar tersebut menerusi laman-laman sosial bukan sahaja tidak menghormati sensitiviti malah menambah kesedihan beliau sekeluarga.

"Saya meminta jasa baik pihak-pihak yang menyebarkan gambar isteri saya supaya mengeluarkannya kerana ia hanya menambahkan keperitan kami sekeluarga yang sedang bersedih dengan pemergian arwah," katanya ketika ditemui di pekarangan rumah mayat Hospital Serdang di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 6.18 petang semalam, Norazita maut akibat ditembak di bahagian kepalanya oleh pengawal keselamatan bank itu sendiri di Jalan USJ Sentral 2 sebelum melarikan sejumlah wang dari bilik kebal bank tersebut.

Kejadian berlaku ketika mangsa bersama suspek serta empat lagi kakitangan sedang membuka sebuah peti besi berisi wang sebelum suspek tiba-tiba melepaskan tembakan menggunakan senjata api jenis pump gun sejurus pintunya dibuka.

Beberapa jam kemudian gambar di tempat kejadian yang menunjukkan keadaan mangsa yang berpakaian baju kurung merah terbaring dengan keadaan wajah yang mengerikan akibat terkena tembakan itu tersebar di laman-laman sosial.

Malahan hari ini rakaman video kejadian itu pula tersebar.

Anak arwah, Nurnisa Nabilah, 12, pula berkata, semalam adalah pertama kali ibunya tidak menghantar dia dan adiknya, Mohd. Hazimy ke Sekolah Kebangsaan Subang Bestari kerana kesuntukan masa.
"Selalunya mama yang hantar kami ke sekolah tetapi pagi semalam mama nak cepat ke pejabat, jadi ayah yang hantar kami," katanya.

Nurnisa turut menyifatkan ibunya seorang yang penyayang walaupun tegas dan garang dalam mendidik anak-anak.

"Walaupun mama garang tetapi saya sangat rapat dengan mama. Saya sayangkan mama saya," katanya lagi sambil menitiskan air mata. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131024/je_14/Suami-Norazita-rayu-henti-sebar-gambar-ngeri-arwah#ixzz2kIbAhy00 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...