Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Wednesday 4 December 2013

Erma Fatima bayar hutang guna syiling 5 sen

Erma Fatima
PENGARAH filem-drama dan penerbit terkenal Erma Fatima kini dapat menarik nafas lega kerana hutangnya sudah langsai dibayar.

Hutang yang dimaksudkan membabitkan pelakon Rabecca Nur Islam yang merupakan wang tuntutan samannya terhadap produksi milik Erma, Rumah Karya Citra (M) Sdn. Bhd selepas pengarah itu gagal melunaskan baki bayaran lakonannya sebanyak 40 peratus untuk drama ‘Dejavu di Kinabalu’ tahun lalu.

Wang saman sejumlah RM11,200 itu dibayar Erma dalam bentuk wang syiling 5 sen. Erma turut menyertakan senaskhah Al-Quran untuk Rabecca. Wang dan Al-Quran itu dihantar oleh peguam Erma serta beberapa orang pembantu ke pejabat peguam Rabecca pada Selasa.

“Saya menyedari tindakan ini mungkin akan menyebabkan Rabecca menolak wang itu. Sejujurnya, saya tiada niat langsung untuk menghina Rabecca dengan tindakan tersebut. Dan saya rasa tidak perlu dia mempertikaikan niat saya menghantar Al-Quran tersebut yang saya anggap menjadi saksi dalam menentukan siapa berada pada pihak yang benar,” kata Erma.

“Bagi saya, kita boleh melaungkan pada satu dunia tentang siapa sebenarnya berada pada pihak yang betul. Persoalannya, adakah duit itu hak seseorang itu atau tidak?” tambah Erma yang baru merangkul trofi Pengarah Terbaik Drama melalui filem ‘Aku Bukan Malaikat’ di Anugerah Skrin 2013.

Pada Al-Quran itu Erma ada menulis sekeping nota ditujukan pada Rabecca. Nota itu berbunyi: “Rabecca, kita boleh berbohong kepada dunia, tapi kita tak boleh berbohong pada diri kita dan Allah. Andai duit ini benar-benar duit awak maka halallah ia. Jika ia bukan hak awak, maka saya tidak akan halallkan dunia dan akhirat. Selamat meraikan kemenangan.”

RM11,200 itu dibayar Erma dalam bentuk wang syiling 5 sen serta senaskhah Al-Quran untuk Rabecca
Apabila ditanya samada dia kesal dengan apa yang berlaku, Erma berkata tindakan Rabecca untuk ke memperbesarkan hal itu ‘memalukan’. 

“Kenapa perlu ke mahkamah? Bukannya dia tidak mengenali saya. Perkara kecil ini boleh dibawa berbincang dengan saya,” katanya.

Erma mengakui kealpaanya kerana tidak mengambil prosedur betul  ketika menamatkan kontrak Rabecca dari produksi drama itu apabila gagal menghantar notis pemberitahuan bertulis kepada pelakon itu.

“Dalam kontrak memang ada tertulis bahawa produser berhak menghentikan kontrak seseorang pelakon dalam produksi itu. Apabila masalah mula timbul, saya terpaksa melakukan perkara yang betul dengan ‘mematikan’ watak Rabecca,” kata Erma. 



“Dan saya mengaku itu kesalahan saya,” jawabnya ringkas.

Memetik daripada laporan mStar, Rabecca memberitahu tindakan pengarah itu dilihat seperti tidak berpuas hati selepas pihak peguam Erma bersama beberapa orang pembantu menyerahkan wang berkenaan dalam beberapa bungkusan berserta Al-Quran di pejabat peguamnya.

Sejurus selepas mendapat wang tuntutannya, Rabecca membuat keputusan memulangkannya dan turut meminta Erma untuk ‘membayar dengan cara berhemah’. 

Dan apa kata Erma?

“Saya tidak mahu perkara ini berpanjangan jadi saya akan membayar menggunakan nota RM1 pada Rabecca,” kata Erma.

http://my.entertainment.yahoo.com/news/erma-fatima-bayar-hutang-guna-syiling-5-sen-092158652.html

1 comment:

  1. Para pembaca blog ini sekalian. Macam-macam perkara boleh berlaku apabila kita sibuk merebut dengan harta dunia. Pada waktu itu juga, macam-macam karenah serta sikap daripada manusia akan timbul apabila kita membelakangkan agama. Apa-apa pun yang kita buat di dunia, tetap akan dapat balasan yang setimpal daripada Allah s.w.t. sama ada di dunia mahupun di akhirat. Semoga kita semua dilindungi oleh Rahmat dari Allah s.w.t. Insya Allah, amin.

    ReplyDelete

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...