Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 5 December 2013

Kayu Sugi / Siwak / Miswak

Tahukah anda bahawa bersugi itu penting dalam Islam?
Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).
Keywords: Hadith Bukhari, dental caries, siwak (Salvadora persica) extract, anticariogenic.
 Kayu sugi yang berkualiti dalam bungkusan khas



 Kayu sugi siap dipotong sebelum pembungkusan
Disaat umat islam dilanda kebimbangan mengenai status barangan halal khususnya keperluan dalam menjaga kesihatan mulut, Nabi SAW telah memberikan satu solusi yang terbaik sejak 600M yang lalu. Pada zaman nabi telah terdapat pelbagai jenis alat pembersih mulut seperti powder tetapi siwak tetap menjadi pilihan Baginda Saw.
Pokok Sugi (Salvadora persica)

Sejarah Siwak
Beraneka ragam peralatan sederhana digunakan untuk membersihkan mulut dari sisa-sisa makanan, mulai dari batang kayu, ranting pohon, kain, bulu burung, tulang haiwan hingga dari landak. Antara peralatan tradisional yang perlu diketahui sebagai pembersih gigi dan mulut adalah kayu siwak (Salvadora persica). Siwak (Chewing Stick) telah digunakan oleh masyarakat Babilonia semenjak 7000 tahun yang lalu, yang kemudian digunakan pula di zaman Kerajaan Yunani dan Romawi, Yahudi, Mesir dan Kerajaan Islam. Penggunaan chewing stick (kayu kunyah) berasal dari tanam-tanaman yang berbeza-beza pada setiap negera. Di Timur Tengah, sumber utama yang sering digunakan adalah pohon arak (Salvadora persica), di Afrika Barat yang digunakan adalah pohon lemon (Citrus aurantifolia) dan pohon limau (Citrus sinesis). Akar tanaman Senna (Cassiva vinea) digunakan oleh orang Amerika berkulit hitam, Laburnum Afrika (Cassica sieberianba) digunakan di Sierre Leone serta Neem (Azadirachta indica) digunakan secara meluas di benua India.
Emslie (1996) cit Babay (1999) melaporkan untuk pertama kalinya adanya prevelensi karies lebih rendah pada pengguna siwak dibandingkan dengan pengguna berus gigi biasa di Negara Sudan. Baghdady dan Ghose (1979) cit Babay (1999) juga melaporkan prevelensi karies yang rendah pada anak-anak sekolah di Negara Sudan akibat dari penggunaan siwak.
Pada penelitian Almas, Skaug dan Ahmad (2004) ekstrak siwak memiliki daya antibakteria terhadap Streptococcus mutans dan Streptococcus faekalis. Kelebihan siwak dalam membersihkan gigi dan mulut menurut Hardie dan Ahmed (1995) cit Darout, Skaug (1995) disebabkan oleh kesan mekanik dari serat-serat batang dan siwak mampu melepaskan zat aktif yang sangat bermanfaat. Hal ini mungkin merupakan jawapan terhadap prevelensi karies yang rendah di Sudan. Secara in-vitro menurut laporan Al-lafi dan Ababneh (1999) cit Darout et al (2001) siwak dapat menginhibisi (menghambat) pembentukan plak gigi, pertumbuhan dan produksi asid oleh beberapa bakteria kariogenik. Berikut laporan WHO mengenai khasiat kayu sugi (chewing stick):
WHO pada tahun 1984 dan Consensus Statement on Oral Hygiene (2000) menganjurkan penggunaan chewing stick (kayu sugi) kerana efektivitinya dalam menghilangkan plak dan mencegah karies gigi.

Nilai pharmacology Siwak


Penelitian El-Mostehy et al (1995) cit Darout (2000) tentang analisis kandungan batang kayu siwak kering (Salvadora persica) dengan ekstrak menggunakan etanol 80% kemudian dilanjutkan dengan ether lalu diteliti kandungannya melalui prosedur kimia seperti: trimetilamin, alkaloid (di duga sebagai salvadorin), klorida, sejumlah besar tannin, saponin, flavanoid, dan sterol. Darout et al (2000) melaporkan bahawa daya antimikrobial dan effect pembersih pada siwak telah terdeteksi pada ekstraknya. Kesan ini dipercaya berhubungan dengan tingginya kandungan Sodium Klorida dan Pottasium Klorida seperti salvadoureadan salvadorine, saponin, tannin, vitamin C, silika dan resin, juga cyanogenic glycoside dan benzylsothio-cyanate.
Komposisi Siwak mempunyai kesan sebagai berikut: (Tubaishat et al 2005):


1.  Trimethylamine berguna untuk menghilangkan karang gigi dan stain (kotoran), juga sebagai anti-bakteria, anti-inflamasi dan mampu menstimulasi gingiva.


2. Chloride sebagai penghalang pembentukkan calculus dan membantu menghilangkan stain ekstrinsik dari gigi.


3. Flouride berfungsi untuk memperkuat enamel gigi, mendukung remineralisasi sehingga mencegah terjadinya karies gigi. Ion flour juga membentuk kesan penghalang terhadap pertumbuhan bakteria pada plak gigi.


4. Silika suatu bahan abrasif yang berfungsi membantu membersihkan gigi kerana silika bekerja sebagai bahan pembersih yang dapat menghilangkan kotoran.


5. Vitamin C membantu penyembuhan dan perbaikan jaringan gusi.


6. Tannin atau molekul phenolic yang mengandung zat astrigen yang dapat melindungi gingiva.


7.   Saponin mempunyai sifat seperti sabun yang dapat melarutkan kotoran, dan dapat digunakan sebagai anti-inflamasi (peradangan) dan anti-mikrob.


8.  Flavonoids berfungsi menguatkan gingiva dan dapat mengurangi inflamasi (radang)


9.  Sterol dapat mengurangi penumpukan plak.


10.Salvadorine berfungsi sebagai anti-bakteria, anti-inflamasi dan gingiva stimulating.


11.Resins adalah produk amorphous yang membentuk lapisan pelindung untuk mencegah gigi dari karies.


12. Sulfur bau dan rasanya yang pedas digunakan untuk melindungi gigi dari karies.


13.Komponen anionik antibakteria adalah sulphate (SO42-), chloride (Cl-) dan thiocyanate (SCN-).

Peranan Siwak Sebagai Anti-karies



Almas dan Al-Zeid (2004) meneliti in-vivo kesan antibacterial yang cepat terhadap Streptococcus mutans dengan menghitung koloni bacteria dalam saliva pada subjek pengguna siwak, ekstrak siwak 50%, berus gigi, dan normal sanlin. Pengukuran menggunakan Vivacare (Caries Risk Test). Hasil penelitian menyimpulkan bahawa ekstrak siwak 50% mampu menurunkan kadar hitungan bacteria Streptococcus mutans dalam saliva dan menunjukkan penurunan bermakna Streptococcus mutans yang lebih besar pada penguna siwak dibandingkan penguna berus gigi biasa.

BEKALAN PRODUK KAYU SUGI SIWAK INI BOLEH ANDA PEROLEHI DARI:-

NORMAN HAFIZI, TELUK INTAN, PERAK. (HP : 012-5679597), email: normanhafizi@yahoo.com 
BENTUK PRODUK YANG SEDIA DIBEKALKAN SECARA PUKAL DAN RUNCIT :

HARGA JUALAN KAYU SUGI:-
1)  RM3 UNTUK 1 BATANG
2)  RM31 UNTUK 10 BATANG (termasuk harga kos penghantaran melalui pos)
3)  RM140 UNTUK 1 KOTAK (60 BATANG) - (termasuk harga kos penghantaran melalui pos)
*terhad kepada minimum penghantaran pos ialah 10 batang sahaja.

HARGA JUALAN KAYU SUGI+HOLDER :-
1)  RM6 UNTUK 1 BATANG
2)  RM56 UNTUK 10 BATANG (termasuk harga kos penghantaran melalui pos)
3)  RM183 UNTUK 1 KOTAK (60 BATANG) - (termasuk harga kos penghantaran melalui pos)
*terhad kepada minimum penghantaran pos ialah 10 batang sahaja.

Cara Penggunaan Siwak

Kayu Sugi @ Siwak sedia untuk digunakan
Orang menggunakan siwak dalam bentuk batang atau stick kayu dengan cara:


1. Batang atau cabang siwak dipotong berukuran pensil dengan panjang 15-20 cm. Stick kayu siwak ini dapat dipersiapkan dari akar, tangkai, ranting, atau batang tanamannya. Stick dengan ukuran diameter 1 cm dapat di gigit dengan mudah dan dapat memberikan tekanan yang tidak merusak gusi apabila digunakan.


2. Kulit dari stick siwak ini dihilangkan atau di buang hanya pada bahagian hujung stick yang akan di pakai sahaja.


3. Siwak yang kering dapat merusak gusi, sebaiknya direndam dalam air segar selama 1 hari sebelum digunakan. Selain itu, air tersebut juga dapat digunakan untuk kumur-kumur.


4. Bahagian ujung stick siwak yang sudah dihilangkan kulit luarnya digigit-gigit atau dikunyah-kunyah sampai berjumbai seperti berus.


5. Bahagian siwak yang sudah seperti berus digosokkan pada gigi, dan boleh digunakan untuk membersihkan lidah.


Dengan pesatnya perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan moden maka siwak digunakan dengan cara diolah dahulu kemudian ekstraknya dimasukkan dalam ubat gigi. Suryadi et al (2006) menunjukkan bahwa ubat gigi siwak mampu menginhibisi (menghambat) strain lokal Streptococcus mutansyang diisolasi dari gigi manusia.



Siwak Menerajui Era Sains dan Teknologi


Bagi menyimpulkan kelebihan siwak berbanding ubat gigi biasa, M. Ragaii El-Mostehy et al melaporkan dalam Siwak as an Oral Health Device (Preliminary Chemical and Clinical Evaluation): “It could be concluded that Siwak and powdered Siwak are excellent tools for oral cleanliness. Because of its availability in this part of the world, being inexpensive and readily adopted by Moslems as part of their religious regimen, it is highly recommended in implementing a preventive dental health program for Islamic countries. Also recommendations should be directed to manufacturers of toothpastes to include the powdered form of Siwak in a highly debriding sophisticated toothpaste.”


Sayyid Quthb menegaskan bahawa ilmu memberi kita pengetahuan relatif dan tidak final serta boleh sahaja ia direvisi atau dibatalkan, sedangkan Al-Quran & Hadith memberikan kita hakikat yang final dan mutlak. Fakta hadith hanya menyebutkan bahawa bersugi menyihatkan mulut dan kesukaan Maha Pencipta. Itu sahaja. Kita tidak mengomentari ini (hadith) dengan itu (kesimpulan ilmu pengetahuan) untuk selama-lamanya!





Wallahua’lam.

Al-Fakir ila Rabbihi


Ibnu Zakaria


Daftar Pustaka:


1.     Sayyid Quthb, Aku Wariskan Untuk Kalian, alih bahasa, Abdul Majid Lc., Yogjakarta : Uswah, 2007.


2.       Kidd EAM, Joyston-Bechal S. Dasar-dasar karies, Penyakit dan penanggulangannya.


3.       Panjaitan M. Etiologi karies gigi dan penyakit periodontal


4.       Axelsson Per. An Introduction to risk prediction and preventive dentistry.


5.       Axelsson Per. Diagnosis and risk prediction of dental caries.


6.       Wu CD. Chewing Stick, Timeless natural toothbrushes for oral cleansing.


7.       Babay Nadir, Almas K. Effect of miswak extract on healthy human dentin: an in vitro study.


8.       Almas K., Skaug N. Ahmad, I. An invitro antimicrobial comparison of miswak extract with commercially available non alcohol mouth rinses.


9.       Darout IA. Comparative Oral Health status of an adult Sudanese population using miswak and toothbrush regularly.


10.   Tubaisat RS, et al. Use of miswak vs toothbrushes: Oral health belief and behaviors among a sample of Jordanian adults.


11.   Almas, K. The antimicrobial effects of seven different types of Asian chewing stick.


12.   Suryadi A, Mangundjaja S, Soekanto SA, Djais A. Effect of Salvadora percica in dentrifice on streptococcus mutans from humans.


13.   Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Panduan Halal Haram (2006).





Sumber:

  1. http://studentusu.wordpress.com/2008/05/03/kayu-sugi-siwak-satu-pembuktian-saintifik/
  2. http://masharef.blogspot.com/2008/04/kayu-sugi-siwak-satu-pembuktian.html

BEKALAN PRODUK KAYU SUGI SIWAK INI BOLEH ANDA PEROLEHI DARI:-



NORMAN HAFIZI, TELUK INTAN, PERAK. (HP : 012-5679597), email: normanhafizi@yahoo.com 
BENTUK PRODUK YANG SEDIA DIBEKALKAN SECARA PUKAL DAN RUNCIT :

HARGA JUALAN KAYU SUGI:-
1)  RM3 UNTUK 1 BATANG
2)  RM31 UNTUK 10 BATANG (termasuk harga kos penghantaran melalui pos)
3)  RM140 UNTUK 1 KOTAK (60 BATANG) - (termasuk harga kos penghantaran melalui pos)
*terhad kepada minimum penghantaran pos ialah 10 batang sahaja.

HARGA JUALAN KAYU SUGI+HOLDER :-
1)  RM6 UNTUK 1 BATANG
2)  RM56 UNTUK 10 BATANG (termasuk harga kos penghantaran melalui pos)
3)  RM183 UNTUK 1 KOTAK (60 BATANG) - (termasuk harga kos penghantaran melalui pos)
*terhad kepada minimum penghantaran pos ialah 10 batang sahaja.


KHASIAT KAYU SUGI DAN CARA PENGGUNAANNYA.




Diriwayatkan dalam sebuah hadis, bahawa solat yang dikerjakan dengan bersugi adalah 70 kali lebih baik daripada solat tanpa bersugi.


Diriwayatkan dalam sebuah hadis, "Hendaklah kamu mengambil berat tentang bersugi kerana bersugi mempunyai 10 faedah :-

KEBAIKAN & KHASIAT KAYU SUGI / SIWAK

1) MEMBERSIHKAN MULUT.
2) MENJADI SEBAB KEREDHAAN ALLAH.
3) MENYEBABKAN SYAITAN MARAH.
4) ALLAH DAN MALAIKAT MENGASIHI ORANG YANG BERSUGI.
5) MENGUATKAN GUSI.
6) MENGHILANGKAN GELEMA.
7) MEWANGIKAN MULUT.
8) MENGHAPUSKAN SAFRA'(SEJENIS PENYAKIT).
9) MENGUATKAN PANDANGAN MATA.
10) MENGHILANGKAN BAU BUSUK MULUT

Selain daripada semua kelebihan di atas, bersugi adalah SUNNAH RASULULLAH. (Munabbihat Ibni Hajar)

WAKTU YANG SESUAI MENGGUNAKAN SUGI:

1) KETIKA MAHU SOLAT.
2) KETIKA MAHU MENGAJI QURAN.
3) KETIKA MAHU BERSAMA ISTERI.
4) KETIKA MAHU TIDUR
5) KETIKA AMBIK WUDUK.
6) SELEPAS MAKAN.
7) SELEPAS BANGUN TIDUR.

Setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW. menetapkan penggunaan siwak sebagai sunnah beliau yang sangat dianjurkan, bahkan beliau bersabda :“Seandainya tidak memberatkan ummatku, maka aku perintahkan mereka untuk bersiwak setiap akan wudhu” (Muttafaq ‘alaihi).

Hal ini menunjukkan bahwa Rasulullah SAW. adalah orang pertama yang mendidik manusia dalam memelihara kesihatan gigi.

Tahukah anda bahwa bersiwak itu penting dalam Islam? 
Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah SAW. bersabda, “Jadikan bersiwak itu satu amalan, kerana yang demikian (bersiwak) itu menyihatkan mulut dan merupakan sesuatu yang disukai Yang Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).

“Empat perkara yang menambahkan kecerdasan iaitu meninggalkan percakapan sia-sia, menggunakan miswak, duduk di dalam majlis orang-orang soleh, dan duduk di dalam majlis para ulama”. (Thibbi Nabawi)

Bibliography
http://www.kedaibestari.com/2010/08/khasiat-kayu-sugi-dan-cara.html

BEKALAN PRODUK KAYU SUGI SIWAK INI BOLEH ANDA PEROLEHI DARI:-



NORMAN HAFIZI, TELUK INTAN, PERAK. (HP : 012-5679597)
BENTUK PRODUK YANG SEDIA DIBEKALKAN SECARA PUKAL DAN RUNCIT :

HARGA JUALAN KAYU SUGI:-
1)  RM3 UNTUK 1 BATANG
2)  RM31 UNTUK 10 BATANG (termasuk harga kos penghantaran melalui pos)
3)  RM140 UNTUK 1 KOTAK (60 BATANG) - (termasuk harga kos penghantaran melalui pos)
*terhad kepada minimum penghantaran pos ialah 10 batang sahaja.

HARGA JUALAN KAYU SUGI+HOLDER :-
1)  RM6 UNTUK 1 BATANG
2)  RM56 UNTUK 10 BATANG (termasuk harga kos penghantaran melalui pos)
3)  RM183 UNTUK 1 KOTAK (60 BATANG) - (termasuk harga kos penghantaran melalui pos)
*terhad kepada minimum penghantaran pos ialah 10 batang sahaja.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...