Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 13 December 2013

Siti Aishah dibenar bertemu kakak di lokasi rahsia dikawal ketat

Kamar Mahtum

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Siti Aishah Abdul Wahab, 69, wanita yang dijadikan hamba oleh sepasang suami isteri di London dipercayai telah bertemu dengan kakak kandungnya, Kamar Mahtum, 73, hari ini di satu lokasi rahsia dalam suasana dikawal ketat pihak berkuasa negara itu.

Sumber Wisma Putra berkata, Siti Aishah dikawal ketat bagi mengelak sebarang maklumat bocor sehingga boleh mengganggu siasatan pihak berkuasa.

"Siasatan kes itu masih lagi berjalan dan pihak Kementerian Luar sendiri sukar mendapatkan sebarang maklumat tentang Siti Aishah. Informasi yang diberikan juga sangat sedikit dan tidak banyak membantu pihak kementerian.

"Pertemuan antara Siti Aishah dengan Kamar Mahtum juga dikawal ketat oleh pihak berkuasa berkenaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sumber berkenaan mengesahkan, selain Siti Aishah terdapat wakil kementerian dibawa masuk bertemu wanita tersebut.

Ditanya sama ada wanita itu akan dibawa pulang setelah pertemuan tersebut, sumber berkenaan memberitahu, pihaknya sukar untuk menjangka sebarang keputusan kerana tidak banyak maklumat disalurkan kepada kementerian.

"Kawalan maklumat oleh pihak berkuasa amat ketat dan tidak banyak diperolehi Wisma Putra termasuklah tentang kisah sebenar kes Siti Aishah sendiri," tambah sumber itu.

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London, Datuk Seri Zakaria Sulong mengesahkan Kamar Mahtum telah dibenarkan bertemu Siti Aishah hari ini.

"Dalam pertemuan itu, Kamar Mahtum telah memberikan Siti Aishah satu sejadah. Malah Aishah juga diminta untuk menulis satu surat kepada keluarganya di Malaysia," katanya kepada sebuah berita tempatan, Astro Awani hari ini.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan keluarga Siti Aishah telah lama mengetahui aktiviti radikal disertai wanita tersebut.

Siti Aishah dipercayai terpengaruh dengan fahaman komunis semasa melanjutkan pelajaran di London dengan biasiswa Komanwel seterusnya menetap di negara berkenaan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131130/dn_02/Siti-Aishah--dibenar-bertemu-kakak-di-lokasi-rahsia--dikawal-ketat#ixzz2nyhBgrjq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...