Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 15 December 2013

Tamadun musnah kembali dihuni manusia purba

MOKHTAR Saidin memegang batu suevit yang di dalamnya terdapat kapak genggam berusia 1.83 juta tahun.

PENYELIDIKAN di Bukit Bunuh juga telah menemukan bukti kemusnahan tamadun dan budaya awal pada zaman Paleolitik akibat jatuhan meteorit sekitar 1.83 juta tahun dahulu (td).

Ini menunjukkan sebelum kejadian tersebut, Bukit Bunuh di Lembah Lenggong didiami manusia purba, namun akibat impak meteorit, tamadun di situ musnah sama sekali.

Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Mokhtar Saidin berkata, walaupun tiada bukti rangka manusia ditemui tetapi alatan batu yang pernah digunakan penduduk awal seperti kapak genggam yang melekat pada batu suevit menjelaskan bahawa Bukit Bunuh pernah dihuni manusia.

Menurutnya, sebelum impak meteorit, kawasan Bukit Bunuh didiami manusia purba kerana terdapatnya sebuah tasik kuno yang berkeluasan tiga kali ganda daripada Tasik Raban sekarang.

Katanya, kehidupan manusia dapat berlangsung kerana mereka memperoleh bekalan air untuk minuman dari tasik, selain ikan sebagai sumber makanan.

"Jadi, penemuan kapak genggam yang melekat pada batu suevit akibat terlebur semasa jatuhan meteorit menjadi satu-satunya bukti yang menunjukkan kawasan itu didiami manusia sebelum 1.83 juta td.

Walaupun tamadun manusia musnah akibat impak meteorit yang membentuk kawah berdiameter lapan kilometer (km) persegi di Bukit Bunuh, namun kawasan itu kembali dihuni manusia dari semasa ke semasa.

Menurut Mokthar, manusia kembali mendiami Bukit Bunuh selepas impak meteorit berdasarkan bukti penemuan tamadun dan budaya sekitar 40,000 td dan 30,000 td.

"Di tapak berdekatan seperti Bukit Jawa, Temelong dan Lawin pula, terdapat bukti menunjukkan kawasan tersebut telah didiami manusia sekitar 200,000 td," katanya.

Tambahnya, bukti lain adalah penemuan rangka manusia di gua mulai tahun 10,000 td sehingga 1,000 td, sekali gus membuktikan Lembah Lenggong memiliki rekod tumpuan penduduk yang begitu lama sehingga menjadikannya sebagai pusat perkembangan budaya terawal manusia.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131214/re_09/Tamadun-musnah-kembali-dihuni-manusia-purba#ixzz2o9qrSSIl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...