Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 13 January 2014

Fahami fundamental Islam

(Sinar Harian 13.1.14)

Haram tetap haram, maksiat tetap maksiat, tidak kiralah jika yang perkara tersebut dilakukan berdekatan dengan masjid (Putrajaya) atau tempat beribadah, atau tidak, hatta di dalam hutan sekalipun. Apakah kita beranggapan, Allah tidak suka maksiat dilakukan berdekatan masjid atau Putrajaya, tetapi Allah suka ianya dilakukan jika berjauhan dengan tempat tersebut? Seolah-olah Allah ada di masjid atau Putrajaya, dan tidak ada di tempat lain? Fahami Islam dengan betul wahai pemimpin negaraku.

Kini, heboh isu pembukaan Restoran Hard Rock Cafe di Putrajaya yang mendapat tentangan daripada pelbagai pihak kerana disifatkan tidak bersesuaian dengan imej bandar tersebut sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Isunya adalah maksiat, arak, judi, zina, pergaulan bebas lelaki perempuan, diharamkan oleh semua agama, bukan sahaja agama Islam. Persoalannya, kenapa pemimpin yang meluluskannya begitu jahil dalam soal ini? JAKIM ada di sana, kenapa tidak dirujuk?  

Kenapa bertindak sesuka hati bila ada kuasa? Bila jahil, bertanyalah. Nescaya ada jawapannya. Ini tidak, memandai-mandai seolah-olah Putrajaya bapak kita yang empunya. Ingatlah, Putrajaya dibina atas duit rakyat. Rakyat yang cintakan agama mahukan ianya ditadbir mengikut lunas-lunas agama dan hidup bertuhan.

Persoalan yang ditimbulkan oleh segelintir pemimpin yang menentang adalah, restoran tersebut tidak seharusnya dibenarkan beroperasi di Putrajaya kerana lebih 95 peratus penduduknya merupakan umat Islam. Putrajaya adalah pusat pentadbiran negara bukan tempat hiburan. Bandar raya ini juga adalah bandar raya Islam contoh kerana hampir kesemua bangunannya bercirikan kesenian Islam.

Apa maksud semua ini? Adakah perkara haram dibenarkan di kawasan jauh dari Putrajaya? Apakah maksud senibina Islam?

Adakah kubah itu seni bina Islam? Begitu juga lambang bulan (sabit) dan bintang? Apakah senibina lain, termasuk senibina Melayu  tidak Islamik? Nampak sangat kita jahil. Kubah atau bentuk bawang adalah senibina Moorish Indian.

Islam tidak tetapkan bentuk bagaimana masjid atau bangunan hendak dibina. Semuanya senibina adalah Islamik, jika tidak bertentangan dengan asas Islam, termasuk senibina Pagoda. Jika ada dalam minda kita, bahawa kubah itu Islamik, yang tidak kubah, tidak Islamik, maka saya syorkan pergilah mengaji lebih lagi mengenai universaliti Islam.

Cubalah fahami isu-isu fundamental Islam. Saya amat bimbang, jika pemahaman kita mengenai perkara-perkara yang bersifat Islamik itu hanya bersifat nama dan lambang. Bila buat dosa, atau teringat sudah banyak berdosa, maka pergilah buat umrah dan haji untuk mencuci dosa.  

Jika itu pemikirannya, kita ini amat jahil. Rugilah jadi orang miskin atau masuk nerakalah mereka, sebab tidak boleh mengerjakan umrah dan haji berkali-kali berbanding orang kaya. Allah tidak adil meletakkan kaabah di Mekah, kerana hanya orang Arab sahaja yang berdekatan. Maka yang berjauhan, sudah tentu masuk neraka. Wahai pemimpinku, ingatlah… Islam tidak begitu sifatnya.

Perkara asas Islam adalah akidah, tauhid, akhlak dan syariat. Fahamilah perkara ini terlebih dahulu. Kita tetap akan masuk syurga, walaupun tidak pernah menjejak kaki mengerjakan umrah dan haji.

Jika kita kata senibina di Putrajaya itu Islamik, maka malang sungguh Allah menjadikan umat Islam dan manusia lain seperti di China, Jepun, Korea dan sebagainya. Maklumlah masjid di sana tidak ada senibina kubah atau berbentuk bawang.

Jika kita mengatakan bahawa Putrajaya itu kota Firdaus, bermakna, maksiat atau perkara haram tidak boleh dilakukan maka, di luar Putrajaya atau di mana-mana sekalipun, termasuk di Kuala Lumpur, tetap tidak boleh dilakukan kerana, haram tetap haram, maksiat tetap maksiat, Ia ditentang semua agama.

Jangan rosakkan imej Islam, sekejap boleh, sekejap tak boleh. Ada bandar Islam Islam, ada bandar tidak Islam. Islam itu Islamlah. Seperti kontroversi Islam Hadhari. Ada Islam Hadhari, ada yang tidak hadhari. Islam itu Islamlah. Ia mesti didaulatkan di mana sahaja kita berada.

Kalaulah saya yang menguruskan Putrajaya, sudah lama tanda-tanda nama saya jawikan. Hard Rock Café boleh beroperasi dengan syarat, ikut garis panduan bandaraya Islam, termasuk menjawikan kafe tersebut. Saya masih yakin, umat Islam apabila terpandang huruf-huruf Allah, hatinya akan gementar. Jika tidak gementar, maknanya hatinya telah mati. Eloklah cari hati lain.

Saya pelik, adakah pemimpin yang menguruskan Putrajaya sudah buta? Mendengar nama Hard Rock itu sudah mencerminkan isi kandungannya. Kenapa begitu jahil? Tidakkah Hard Rock Café, sudah dikenali sebagai sebuah restoran tempat berhibur tanpa batasan dengan minuman keras serta muzik bising yang menjadi tarikan. Adakah kita tidak nampak siapa lagi selain umat Islam yang bakal menjadi pelanggan sasarannya?

Nasihat saya terutama kepada pemimpin yang dilantik, tidak kira pemimpin atasan atau pemimpin diperingkat organisasi. Jika jahil, pergi belajar. Paling kurang, bertanyalah kepada yang pakar, terutama JAKIM yang sudah lama sedia wujud di sana.  

Janganlah bertindak sendirian jika jahil. Kita bimbang kita akan menjadi semakin jahil atau menjadi jahil murakab, sejahil-jahilnya. Jika asas ini tidak dibetulkan, apa jua tindakan kita seterusnya akan terus salah dan salah…

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...