Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Tuesday 7 January 2014

SPERMA JUGA BERGERAK MENGIKUT ARAH LAWAN JAM (ANTICLOCKWISE)!!!


Sperma adalah benih yang dipancarkan oleh lelaki ketika berlakunya kemuncak dalam sesuatu hubungan intim. Setiap pancaran menghasilkan berjuta-juta sperma yang kemudiannya akan berenang menuju ke arah telur wanita (ovum) bagi tujuan persenyawaan.

TETAPI, tahukah anda bahawa sperma juga sebenarnya bergerak dalam keadaan berpusing-pusing mengikut arah lawan jam (anticlockwise) ketika dalam perjalanannya untuk menemui ovum???

Hakikat ini dinyatakan sendiri oleh Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail, pensyarah di Institut Penyelidikan Matematik, UPM (Rujuk Majalah IMAN, bil. No. 6, PP17618/01/2013; Page 28).

Mengikut kajian metafizik, pergerakan mengikut lawan arah jam menghasilkan tenaga positif yang bermanfaat. Justeru, pergerakan yang sedemikian dipercayai berlaku bagi membolehkan tenaga dihasilkan bagi membantu sperma untuk terus bertenaga dalam melakukan renangan menuju ke ovum.

Ini merupakan satu lagi contoh akan kehebatan pergerakan pusingan anticlockwise yang diciptakan oleh Allah untuk hamba-hambaNya yang mahu berfikir. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...