1. Angkat Takbir “Allahuakbar” & Niat dalam hati :
“Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala”.
Jadi makmum, “sebagai makmum kerana Allah Taala”.
Baca Al-Fatihah.
2. Angkat Takbir Kedua “Allahuakbar”
Baca “Allahumma solli a’la Muhammad wa a’la ali Muhammad”.
Pendek pun tak apa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir.
3. Angkat Takbir Ketiga “Allahuakabar”
Baca doa (pendek pun tak apa, panjang lagi bagus) contoh dibawah :
Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki).
Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan).
Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.
4. Angkat Takbir Keempat “Allahuakbar”
Beri Salam kanan dan kiri “Assalamualaikum warahmatullah”.
Selesai
No comments:
Post a Comment