Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 1 February 2014

Cara Sujud Syukur

sujud syukur
Sujud Syukur
Sujud syukur adalah sujud yang dilakukan kerana mendapat nikmat daripada Allah SWT, tetapi harus diingatkan bahawa sujud syukur hanya sunat hukumnya apabila dilakukan kerana mendapat nikmat yang besar dan jarang-jarang sahaja. contohnya apabila dapat mendirikan rumah tangga, mendapat pekerjaan, mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan dan sebagainya. Jika sekiranya nikmat tersebut hanyalah yang biasa-biasa sahaja seperti dapat makan dan sebagainya hukumnya bida’ah.
Daripada Saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Mohammad SAW apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah SWT diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmidzi r.a.
Syarat-syaratnya
1. Suci dari hadas besar dan kecil
2. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat
3. Menghadap ke kiblat
4. Menutup aurat
Cara Melakukan Sujud Syukur
1. Niat, ” Sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala “
2. Mengangkat takbiratulihram, ( Allahuakbar )
3. Sujud sepertimana sujud dalam Solat
4. Salam, ” Assalamualaikum warahmatullah “
Bacaan dalam sujud Syukur
1. Subhanallah Walhamdulillah Wala Ilaha Illallah Huwallahu Akbar ( 3 kali )
2. Kemudian berdoa di dalam hati

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...