Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 23 February 2014

Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Segitiga Bermuda

 
(P/S: Cover buku di atas adalah edisi bahasa Indonesia, buku yang digunakan penulis untuk mengulas ialah edisi Bahasa Malaysia)
Tajuk Asal : ‘Al-Khuyut al-Khafiyyah baina al-Masikh ad-Dajjal wa Asrar Muthallath Bermuda wa al-Atbaq at-Ta’irah
Terbitan : Darul al-Basyir, Kaherah, Mesir
Penterjemah Asal : Drs. Tarmana Ahmad Qasim (Indonesia)
HURAIAN MENGIKUT BAB
PENGANTAR
Muhammad Isa Dawud (MID) memulakan kata pengantarnya dengan merujuk kepada respon pembaca-pembaca berasaskan buku karangannya sebelum ini yang bertajuk “Awas! Dajjal Menggempur Dunia dari Segitiga Bermuda” (Buku ini masih sukar diperolehi sama ada dalam bahasa Arab, Inggeris atau Melayu, atau mungkin tiada langsung dalam bahasa Melayu). Beliau memberitahu bahawa buku karangannya itu telah mendapat maklum balas yang baik sama ada pro atau pun kontra. Beliau juga menyatakan masih belum sempat menjawab beratus-ratus surat dari pembaca.
 “…sehingga saya tidak mempunyai cukup waktu untuk membalas ratusan surat yang dilayangkan ke alamat saya.” 
Menurut MID, hanya 2 surat yang menyatakan rasa tidak setuju tentang pendapatnya. Bayangkan pembaca bukunya adalah melebih 100,000 orang di seluruh dunia dan hanya kontra 2 orang sahaja. Maka disini penulis boleh simpulkan bahawa karangan dan penyampaian MID amat bagus dan berjaya meyakinkan para pembaca walaupun fakta-fakta yang dibincangkan nampak tahyul dan penuh mistik. Namun begitulah yang boleh kita simpulkan apabila seseorang yang berfikiran luas berjumpa dengan sesuatu perkara yang menjadi rahsia dalam umat Islam (khususnya soal DAJJAL), golongan seperti ini tidak mudah mengalah dan akan terus mencari fakta dan bukti-bukti yang boleh menyokong pandangan mereka. Malah dalam masa yang sama juga MID tidak keberatan untuk menolak hujahnya sendiri jika pandangannya itu kurang betul. 
“…..juga untuk memperbaiki pelbagai pandangan dan teori yang agak mudah yang saya kemukakan dalam buku ‘Ihdzaru al-Masikh ad-Dajjal’ yang telah tersebar dulu itu.” 
MID memberitahu bahawa… 
“Buku ini mengemukakan rinci perhubungan antara Dajjal dengan Segitiga Bermuda dan Piring Terbang…” Kemudian, beliau berkata… 
“…saya akan mengemukakan lebih dahulu pelbagai realiti yang menyatakan bahawa Dajjal, yang dikutuk Allah termasuk dalam kelompok yang ditangguhkan kematiannya.” 
Mungkin MID tersilap menyusun kata-kata. Dalam bukunya ini, persoalan asal-usulDajjal, tempat kelahiran, panjang umur Dajjal dan pengembaraannya lebih dahulu diceritakan. Kemudian barulah persoalan kaitan Dajjal dengan piring terbang dihuraikan dengan panjang lebar. Penilaian Penulis+ Huraian, fakta dan hujah MID dalam bahagian asal usul Dajjal amat baik sekali dan terdapat banyak fakta-fakta terbaru yang dikemukakan. Antara fakta yang paling besar hikmahnya ialah cerita Samiri membina patung anak lembu.  Dahulunya kita semua kurang ambil kisah tentang kisah Samiri, kita cuba mengetahuinya sebagai penyesat Bani Israel. Tetapi kini, rahsia penonjolan nama Samiri dalam Al-Quran sudah TERBONGKAR, Samiri adalah ad-Dajjal dan Dajjal adalah Samiri. Cuma nama Dajjal adalah sebagai gelaran dan Samiri adalah nama sebenar. + Huraian MID dalam bab piring terbang agak lemah. Maksud penulis kerana fakta-fakta yang dihujahkan adalah fakta lama yang meleret-leret. Hanya satu ayat yang boleh dikaitkan dengan Dajjal iaitu “teknologi Dajjal sudah menjangkau berabad ke hadapan”, kemudian MID terus menyatakan hal ehwal piring terbang. Diharap pada penulisan akan datang MID boleh membincangkan dengan lebih lanjut berkaitan bagaimana Dajjal membina piring terbang dan mengapa piring terbang selalu tidak terbang di kawasan yang ada ramai orang. Seringkali di dengar hanya 2 atau 3 orang sahaja yang melihat. Seolah-olah piring terbang tersebut hanya sengaja ditayangkan kepada tempat tidak ramai orang. Namun penulis masih tidak memahami suatu perenggan dalam buku ini iaitu 
“Sesungguhnya Dajjal yang dilaknati Allah berserta Iblis tidaklah sama dengan Samiri; pelaku fitnah dahulu kala yang membuat patuung anak lembu bersama Bani Israel.” 
Agak menghairankan apabila MID menyatakan demikian, iaitu Samiri tidak sama dengan Dajjal. Sedangkan 60 peratus muka surat dalam buku ini mengisahkan hal ehwal Samiri yang panjang umur yang akhirnya mendiami Kerajaan Segi Tiga Bermuda.  Penulis tidak pasti apa yang dimaksudkan oleh MID, adakah berlaku kesilapan terjemahan, kesilapan penulisan atau sememangnya MID bermaksud begitu. Jika benar MID bermaksud begitu, amatlah pelik. Penulis tidak berjaya mendapatkan naskah berbahasa Arab, jika ada naskah Arab bolehlah dirujuk adakah berlaku terjemahan Melayu itu silap. Tidak mengapa, mungkin itu perkara kecil sahaja, kita tinggalkan dahulu bab kesilapan tulisan.
http://dajjal.wordpress.com/tajuk-buku-dajjal-akan-muncul-dari-kerajaan-segitiga-bermuda/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...