Posted: 16 Feb 2014 01:01 PM PST
KUALA LUMPUR: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada Jumaat menegaskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah 'Harus'.
Ini termasuk dividen atau bonus yang diterima menerusi kedua-dua skim pelaburan itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin dalam satu kenyataan pada Jumaat. Menurut Abd Shukor, Jawatankuasa Fatwa amat kesal kerana terdapat pihak-pihak tertentu cuba menimbulkan keraguan dengan memuat naik surat daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang menyatakan skim tersebut sebagai tidak patuh Syariah. Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu tuntutan Gabungan Badan Bukan Kerajaan Hak Asasi Manusia (Comango) mengenai hukum melabur dalam ASB dan ASN yang telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat sejak kebelakangan ini. Tahun lepas, Comango menghantar laporan mengenai pelbagai isu hak asasi manusia di Malaysia untuk diteliti dalam Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland. Antara tuntutan lain ialah menuntut hak kebebasan beragama, pengiktirafan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender. Status melabur dalam ASN dan ASB yang juga dibangkitkan oleh beberapa penceramah di laman-laman sosial, turut menimbulkan keresahan kepada masyarakat awam. "Isu pelaburan ini merupakan perkara ijtihad, yang sememangnya akan mengundang polemik dan perdebatan jika semua pihak yang mendakwa sebagai pakar mahu menegakkan pandangan masing-masing tanpa menghiraukan peranan pihak yang diberi autoriti dalam menentukan hukum. "Sewajarnya mereka yang melabelkan diri sebagai intelektual Islam ini memahami isu ini secara menyeluruh dan hak-hak Ulil Amri kerana akibat daripada sikap mereka yang gemar dan sengaja mempertikaikan hukum yang telah dibuat, telah menimbulkan keresahan yang meruncing dalam kalangan umat Islam," katanya. Abd Shukor menyifatkan tindakan itu hanya akan merugikan umat Islam sendiri. Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menasihatkan supaya provokasi yang melibatkan hukum hakam dihentikan supaya tidak mengundang kekeliruan. - BERNAMA
http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/02/berani-membuat-pilihan_14.html
|
Some write for money. Some write to share. I write to share for your knowledge. Religions, Politics and Conspiracy Theories, these are my fields of interests. I am not a perfect person. Please correct me if you saw my mistakes so that I will learn from it…
Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018
Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)
Friday, 14 February 2014
Hukum Melabur Dalam ASB, ASN 'Harus' - Majlis Fatwa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Featured post
Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia
Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...
-
Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...
-
Arkib : 12 Ogos 2017. Sayap Ilusi, Wings - maksud disebalik lagu (video) Sayap Ilusi, Wings : maksud disebalik lagu (video) https...
-
Artikel dari Repair Gambar Lama Seniman Nordin Ahmad Meninggal Dunia MEMPERINGATI 50 TAHUN PEMERGIAN SENIMAN NORDIN AHMAD Pada suatu petang ...
No comments:
Post a Comment