Naib Presiden II (ISMA) Abdul Rahman Mt Dali berkata, genetik Melayu ditemui terbukti lebih awal wujud dari genetik kaum Cina dan India.
"Kita mahu dunia mengiktiraf bumi ini sebagai warisan dan hak orang Melayu.
"Sama seperti dunia mengiktiraf benua Cina adalah hak warisan orang Cina dan benua India hak warisan orang India, England untuk Inggeris, Ireland untuk orang Irish dan Germany untuk orang Jerman dan seterusnya," katanya
Berdasarkan hasil kajian penyelidik Melayu berprofail tinggi katanya, mereka telah mendedahkan asal usul kaum Melayu melalui kajian saintifik Mitochondrial DNA (MtDNA) yang menunjukkan genetik Melayu ditemui terbukti lebih awal wujud dari genetik kaum Cina dan India.
"Genetik Melayu berusia 60,000 hingga 70,000 tahun berbanding genetik Cina yang hanya berusia sekitar 40,000 hingga 45,000 tahun.
"Benua Sunda yang berpusat di bumi Melayu yang kita pijak ini di sebut sebagai ‘The Cradle of Human Civilisation’ yang membiakkan kaum etnik lain. Maka sah, bumi ini asalnya adalah bumi orang Melayu," jelasnya.
https://www.facebook.com/520825894645272/photos/a.531857196875475.1073741828.520825894645272/677413855653141/?type=1
No comments:
Post a Comment