Waktu subuh sememangnya waktu yang paling sejuk. Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi. Gas ozon juga amat penting untuk tubuh badan. Mandi pada waktu subuh bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan.
Kebaikan Mandi Pada Waktu Subuh
1. Kulit akan menjadi lebih lembut dan halus
Pada waktu pagi selalunya ramai yang akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan untuk menghilangkan kesejukan. Mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
2. Melancarkan peredaran darah
Melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan, menjadikan badan lebih sihat dan bertenaga supaya dapat melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
3. Meningkatkan kesuburan
Tubuh badan akan mendapat reaksi yang positif apabila mandi pada waktu pagi. Juga dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
4. Mengurangkan risiko darah tinggi
Sesiapa yang menghidap penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk mengurangkan risiko penyakit darah tinggi. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit darah tinggi akan pulih.
5. Mengurangkan tekanan serta menjadi lebih tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk menghilangkannya.
6. Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk akan dapat meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus dan tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment