Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 18 February 2014

Malaysia paling mesra pelancong Islam

SINGAPURA - Malaysia menduduki tempat teratas sebagai destinasi negara paling mesra untuk pelancong Islam, menurut satu tinjauan, hari ini

Tinjauan oleh pakar pelancongan, Crescentrating di sini, mendapati Pusat Pelancongan Islamik berterusan mendidik industri itu bagaimana memenuhi keperluan pelancong Islam.

"Kini terdapat lebih banyak dapur hotel memiliki sijil halal, selain jumlah hotel yang memenuhi keperluan khas untuk pelancong Islam juga terus meningkat.

"Sebuah hotel juga menetapkan satu waktu khas untuk golongan wanita atau lelaki sahaja," katanya.

Hasil tinjauan juga mendapati Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Turki, Indonesia dan Arab Saudi menduduki lima tangga teratas senarai destinasi pelancongan mesra pengunjung beragama Islam.

Tinjauan itu menilai negara-negara berdasarkan perhatian diberikan kepada keperluan pengunjung beragama Islam termasuk penyediaan restoran halal dan bilik solat di lapangan terbang, pasar raya dan hotel.

Ia turut mendapati Jepun menunjukkan perkembangan paling memberangsangkan dalam industri berkenaan.

Ketua Eksekutif Crescentrating, Fazal Bahardeen berkata, tinjauan itu dilakukan berdasarkan perhatian setiap negara terhadap keperluan pelancong Islam, termasuk kemudahan restoran halal yang menggunakan daging yang disembelih mengikut piawaian Islam, penyediaan bilik solat di lapangan terbang, pusat membeli-belah dan hotel.

Beliau berkata, tempat pelancongan kini lebih berminat untuk menyediakan perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan pelancong beragama Islam.

Fazal berkata, pemasaran industri pelancongan Islam dianggarkan bernilai AS$140 bilion (RM366 bilion) pada tahun lalu iaitu sebanyak 13 peratus daripada nilai industri pelancongan global.

"Nilai industri pelancongan Islam dijangka mencecah AS$200 bilion (RM523 bilion) pada 2020," katanya.

Kedudukan Jepun naik sebanyak 10 anak tangga daripada tempat ke-50 pada tahun lalu kepada kedudukan ke-40 daripada 60 negara terlibat, sekali gus menunjukkan peningkatan terbesar dalam industri itu.

Fazal berkata, ini berikutan Jepun mewujudkan beberapa inisiatif, termasuk program kesedaran untuk industri tempatan menerbitkan panduan perjalanan untuk pelancong Islam ke negara matahari terbit itu.

"Malah, beberapa lapangan terbang dan hotel di negara itu telah mula menyediakan makanan halal dan bilik solat," ujarnya.

Singapura menduduki tempat ke-enam dan merupakan satu-satunya negara bukan Islam yang terletak dalam kedudukan 10 teratas, diikuti Maghribi, Jordan, Qatar dan Tunisia.

Dalam perkembangan sama, Itali, Belgium, Ireland dan Mexico menduduki tempat tercorot dalam tinjauan itu, memandangkan negara terbabit tidak memberi perhatian terhadap peluang pasaran dalam industri pelancongan Islam.
AFP

-JJ-

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...