Akhirnya tampil Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengeluarkan peringatan tentang usaha menggunakan kaedah pelik dalam perbomohan dalam usaha mencari pesawat MH370.
Ini adalah susulan dari tindakan Raja Bomoh tempoh hari bersama-sama beberapa yang lain menggunakan teropong buluh, tikar dan dua biji kelapa di KLIA yang mencetuskan kontroversi.
Untuk rekod boleh dikatakan semua media utama di dunia seperti New York Times, Washington Post dan sebagainya menjadikan berita sensasi ini dihalaman utarama.
Selain dari itu adegan ini turut dimuatturun dalam Youtube serta merupakan salah satu bahan siaran paling popular dilayari.
Harussani yang ditemui wartawan sebuah portal berita di Ipoh melahirkan rasa terkejut dan kecewa.
Beliau menasihatkan bomoh berkenaan bertaubat.
Katanya selain ia bercanggah dengan syarak dan satu perbuatan syirik, ia telah menyebabkan imej Malaysia terjejas.
Beliau berkata “Ini satu perbuatan syirik . . . . yang sebenarnya kita tidak tahu menahu perkara ini (kehilangan pesawat MH370) . . . tiba-tiba timbul begitu sahaja. Jadi perkara ini bukan kepercayaan orang Melayu bahkan kita tak percayapun kepada keadaan macam ini”.
“Jadi saya tak tahu siapa yang bawa, siapa yang menjemput orang ni . . . kita tak tahu, mesti ada latar belakang . . . ada orang yang main peranan mungkin tujuannya lain.”
“Jadi perkara yang macam ini tidak sepatutnya berlaku apatah lagi dalam kejadian macam ini (kerana) ia adalah merupakan satu ujian Allah. . . .jangan kita berbalah tuduh menuduh antara kita “
“Saya tengok ia dijadikan isu politik, ia bukan isu politik . . . .ia satu kejadian, satu nahas yang merupakan ujian Allah. . . . kemana kesabaran kita dan ini juga harus memberi kesedaran kepada seluruh umat manusia bahawa manusia ini ilmunya tidak banyak”
“ . ..ilmunya masih lemah ..dan paling berilmu ialah Allah . . . . berapa canggihpun ilmu yang ada pada dunia yang begitu hebat yang boleh menembusi gunung ganang tapi kenapa yang dalam air kita tidak jumpa? Inilah yang menunjukkan kelemahan kita, kelemahan manusia. . . .jangan kita takabur dengan ilmu kita yang sedikit ni kita perolehi.”
“Hari ini manusia cukup takabur dengan Allah . . . .manujsia ini cukup berani menentang tuhannya . . . .dan ini tidak perlu dibuktikan mereka sendiri merasa . . ..mereka merasakan mereka lebih daripada Allah subhanawaatalla.
“Sedangkan mereka tidak berupaya apapun- para bomoh ni wajib dia bertobat dan dia berhentilah daripada perkara-perkara kurafat seperti ini kerana dia tidak membawa kemana-mana kecuali cacian sahaja dan penghinaan.
Mengenai garis panduan rawatan perubatan islam serta isu perbomohan,Mufti Perak menjelaskan:”sebenarnya kita dah buat . . . jawatankuasa fatwa dah buat garis panduan tapI orang tidak mahu ambil peduli dan kepercayaan orang kita pun begitu ..orang kita ni lebih percaya kepada kurafat walaupun garis panduan kita bagi dia tidak peduli”
.
“Elok kita keluarkan benda seperti ini (garis panduan ) jangan lagi kita berpegang kepada benda-benda yang kurafat, salah dari segi syariat . . . .kemurkaan Allah sudah tentu dan kita lihat kemurkaan Allah seluruh dunia kutuk kita.
“ Itu akibat daripada kemurkaan Allah . . .seluruh dunia kutuk kita . . orang mencaci kita seolah-olah kita mengatakan kita adalah sebuah negara Islam contoh tetapi ada orang kata ini ugama islam yang menyekutukan Allah, yang syirik”.
http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/03/harusani-nasihat-raja-bomoh-bertaubat.html
No comments:
Post a Comment