Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 15 March 2014

Kehilangan MH370 Masih Lagi Misteri

Masuk hari ke-8 kehilangan Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) B777-200ER MH370; berbagai teori, berbagai clue, bukan sahaja para pakar penerbangan, perisik keganasan, tentera, pakar sains, juga bomoh; namun kehilangan pesawat MH370 masih kekal misteri.

Teori terbaru, pesawat itu telah dirampas lanun; dan dengan sengaja menerbangkan pesawat malang itu ke arah ke pulauan Andaman/lautan hindi atau telah mendaratkan pesawat itu di suatu lokasi rahsia, sebagai mana kebiasaan operandi mereka.

Pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk 12 krew yang berlepas pada 12.41 pagi 8 Mac 2014 laluan Kuala Lumpur Beijing berjaya dikuasa orang ketiga, selepas pesawat terputus hubungan dengan menara trafik udara Subang pukul 1.30 pagi.

Orang ketiga itu, adalah seorang yang mahir mengendalikan pesawat, juga mahir dengan laluan Asia Barat/Europa; kerana pesawat malang MH370, dikatakan meneruskan penerbangan ke arah barat selama 5 jam selepas terputus hubungan dengan radar Subang.

Pesawat gagal dikesan sebarang radar selepas itu, atas sebab dua alat komunikasi pesawat itu dengan sengaja diputuskan berperingkat masing-masing 1.07 dan 1.21 pagi. Ironinya, sebaik sahaja Juruterbang mengucapkan "All Right, Good Night" kepada menara Trafik Subang, untuk check in di Wilayah Vietnam, pesawat menghilang daripada radar.


http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/03/apa-yang-tersirat_15.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...