Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 24 March 2014

MH370: Apa kah Ada Kaitan dengan Jurutera Pesawat itu?


Mengapa pesawat malang itu terbang ke selatan? Kalau juruterbang atau pembantu juruterbang merampas pesawat, kemudian mengarahkan pesawat itu ke suatu lokasi di mana tidak terdapatnya pendaratan pesawat, maka rampasan itu, tiada tujuan apa-apa. Merampas, mesti ada tujuan. Selepas 14 hari, tiada tuntutan seumpama itu.

Kalau pesawat mengalami keroskan teknikal, sudah tentu ada panggilan kecemasan atau mayday.

Clue yang ada, hanya pesawat berpatah balik, semasa sedang berada pada ketinggian normal, 35,000 kaki atas permukaan laut, kurang sejam selepas lepas landas, dan pada masa itu, pesawat sedang mengarah ke ruang udara Vietnam.

Salam terakhir pembantu juruterbang ke menara Subang, dengan bersahaja "All Right, Good Night" memang tiada tanda pesawat berada dalam kecemasan. Namun, 8 minit kemudian, pesawat terputus hubungan dengan menara subang (1.30 pagi), kemudian pesawat dikatakan terbang naik melepasi limit, iaitu 45,000 kaki atas permukaan laut, selepas itu turun ke paras 23,000 dan stabil pada ketinggian 35,000 kaki, kemudian pesawat terbang pada kelajuan biasa pada ketinggian normal bagi pesawat seumpama itu, 35,000 kaki atas permukaan laut.

Pilot dan co-pilot, tidak menyedari, apa yang berlaku dalam kabin pesawat, hanya selepas co-pilot memberi salam terakhir pada menara Subang jam 1.21 pagi, maka berlaku keadaan di luar dugaan. Pesawat kehilangan saluran oksigen; menyebabkan pilot cuba mengubah arah pesawat dan memasukkan arah baru ke dalam komputer navigasi, namun belumpun sempat update, pilot dan co pilot pingsan. 8 minit kehilangan saluran oksigen, adalah masa yang lama, tiada manusia boleh hidup kehilangan oksigen selama itu. Tindakan pilot dalam keadaan itu, adalah berpatah balik dan mencuba mendarat. Namun, semuanya tidak sempat dilakukan, atas sebab pilot dan co pilot knock out. 

Komputer pesawat mampu mengawal keadaan pesawat, atas sebab itu jika ada radar tentera mengesan pesawat itu, pemilik radar berkenaan tidak akan penduli, atas sebab pesawat itu terbang menurut laluan pesawat komersial, lagi pun pada ketinggian biasa pesawat komersial.

Kerana komputer navigasi pesawat sudah dimasuk kod ke arah kuala lumpur, dan pesawat berada dalam keadaan auto pilot, maka pesawat meneruskan penerbangan tanpa tujuan ke arah selatan, sehinggalah kehabisan minyak dan jatuh ke lokasi 1,500 batu barat laut Perth, Australia, seperti mana imej yang berjaya ditangkap satellite Amerika.

Persoalan, mengapa oksigen tiba-tiba hilang? mengapa alat komunikasi tiba-tiba terpadam? Dikatakan bahawa tindakan itu adalah disengajakan seperti mana teori yang digunapakai, penyebab kehilangan pesawat malang itu. Jika disengajakan, sudah tentu, bukan berasal daripada kokpit pesawat, sebabnya panel yang mengawal oksigen atau transponder pesawat berada di luar kokpit. Satu-satunya cara memutuskan bekalan oksigen dan memutuskan alat komunikasi adalah mencabut fuse. Ertinya fuse dicabut, yang menyumbang kepada mala petaka kepada pesawat malang itu. Dalam kabin pesawat, terdapat seorang jurutera pesawat malang itu, mungkin kah jurutera itu, merupakan tangan ghaib kehilangan pesawat MH370 secara misteri. Sebelum ini PDRM menjalankan siasatan hubungkait kehilangan pesawat malang itu dengan jurutera itu.

http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/03/apa-yang-tersirat_21.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...