Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 27 March 2014

MH370: Berbagai Teori Penyebab Kehilangannya

Selepas sahaja Pesawat Penerbangan Malaysia (Mas) B777-200ER MH370 hilang secara rasmi pada jam 9 pagi 8 Mac 2014, berbagai teori menyelebungi kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk krew laluan Kuala Lumpur Beijing yang berlepas pada 12.41 pagi Sabtu dan sepatutnya mendarat di destinasi terakhirnya Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama, namun hingga kini tidak pernah sampai.

Oleh kerana tiada panggilan kecemasan, tiada kod rahsia daripada pilot/co pilot tiada mayday, maka pasukan pencari dan menyelamat mengandaikan bahawa pesawat meletup di udara. Atas sebab itu operasi pencarian dan menyelamat tertumpu di Laut China Selatan dan kemudian di Selat Melaka selama seminggu yang melibatkan 12 negara, sambil menggunakan berbagai peralatan canggih termasuk satellite.

Sangakaan bahawa pesawat mengalami kemalangan diudara, besar kemungkinan disebabkan oleh kerosakan struktural, sehingga pesawat kehilangan tekanan secara tiba-tiba. Jika ini berlaku, penumpang dan pilot/co pilot akan jatuh pingsan. Selain itu, kerosakan struktural juga boleh menyebabkan alat komunikasi pesawat seperti transponder akan tidak berfungsi. Mungkin inilah yang menyebabkan ada sangkaan bahawa alat komunikasi pesawat ditutup dengan sengaja selang 14 minit antara satu sama lain. Transponder pertama tertutup pada jam 1.07 pagi, dan kedua pada 1.21 pagi, 8 minit kemudian, pesawat hilang daripada radar awam.

Tindakan pilot/co pilot dalam keadaan itu, mengubah arah pesawat untuk berpatah balik, atas sebab itu, pesawat dikesan oleh radar tentera pada 2.40 pagi 320 km utara Pulau Pinang, besar kemungkinan pilot mahu mendarat di Lapangan Antara Bangsa Langkawi, namun belumpun bertidak, pilot/co pilot jatuh pingsan. Semasa keajdian itu, pesawat sudah menggunakan auto pilot, atas sebab pesawat sudah berada pada ketinggian normal, 35,000 kaki atas permukaan laut, sedang menuju ruang udara Vietnam.

Kini, selepas 17 hari operasi mencari dan menyelamat, sudah hampir pasti bahawa pesawat malang MH370 terbang ke arah selatan, memandangkan makin banyak objek yang menyerupai seripahan pesawat ditemui.

Apa yang kurang pasti, jarak lokasi di mana ditemui serpihan pesawat adalah 6,400 kilometer daripada Kuala Lumpur, sesuatu yang sukar dipercaya, bagaimana kah pesawat itu boleh menempu jarak itu, memandangkan bekalan minyak hanya untuk 7.5 jam atau dalam lingkaran 3,000 km.

Teori berikutnya, memang pesawat itu berpatah balik dengan sengaja. Alat komunikasi dimatikan dengan sengaja. Teori inilah yang digunakan oleh kerajaan Malaysia. Sebabnya sebelum pesawat hilang mutlak daripada radar, pesawat bergerak seolah-olah dikendalikan secara manual, misalnya terbang setinggi 45,000 kaki semasa sedang berpatah balik, kemudian turun 23,000 kaki semasa menuju utara Pulau Pinang, kemudian hilang daripada dikesan radar.

Teori berikutnya, pesawat itu menggunakan laluan pesawat lain, secara berdekatan, sekurang-kurangnya 1,000 meter antara satu sama lain, dalam keadaan ini, radar mengesan dua pesawat sebagai satu; kemungkinan inilah yang berlaku pada pesawat malang MH370. Dalam laluan yang sama, semasa MH370 berpatah balik adalah sebuah pesawat Penerbangan Singapura SIA68 menuju Barcelona, Spain, namun teori ini semakin kabur, memandangkan kemungkinan pesawat MH370 terbang ke arah selatan.

Selepas 17 hari, kini dipercayai bahawa pesawat MH370 terbang ke selatan. Penyebabnya besar kemungkinan masalah struktural dan mekanikal. Selama berberapa jam pesawat terbang tanpa kendalian manusia, tanpa tujuan. Pesawat terus terbang sehingga kehabisan minyak lalu terhempas. Hanya maklumat daripada kotak sahaja boleh merungkai sedikit kehilangan pesawat MH370 yang telah memecah rekod sebagai kemalangan udara abad ini.

http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/03/apa-yang-tersirat_24.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...