Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 24 March 2014

MH370: Mengapa Ke Selatan?


Pesawat Penerbangan Malaysia (Mas) B777-200ER MH370, yang berlepas pada 12.41 pagi Sabtu 8 Mac laluan Kuala Lumpur Beijing, sepatutnya mendarat pada pukul 6.30 pagi hari yang sama, namun hingga kini tidak pernah sampai.

Pesawat jet berbadan lebar itu membawa 239 penumpang termasuk krew serta 4 tan buah manggis selain bateri telepon bimbit. Kebanyakan penumpang adalah warga China, manakala kewargaan penumpang meliputi 14 negara, termasuk Malaysia.

Pesawat MH370, hilang daripada radar menara trafik Subang pada pukul 1.30 pagi. Mengumumkan kehilangan pesawat itu, hanya dilakukan pada 9 pagi 8 Mac, manakala kerajaan mengakui pada 3.30 petang. Selepas itu, kehilangan pesawat MH370, menjadi satu krisis di negara ini, malahan dunia penerbangan.

Selepas seminggu mencari dan menyelamat, malah sehingga ke hari ini, telah masuk hari ke-15, tiada tanda-tanda dimana pesawat malang itu, melainkan ada clue daripada imej satelillte Amerika, bahawa dua kepingan berukuran 78 kaki dipercayai daripada MH370 berada 1,500 batu bahagian barat laut Perth, Australia. Imej yang ditemui 16 Mac lalu, kini hampir 5 hari dicari dengan menggunakan pesawat tentera Australia dan Amerika termasuk Paseidon, namun, belum menumui seripan sepertimana dikesan oleh satellite tersebut.

Jika benarlah imej daripada satellite itu, merupakan serpihan daripada MH370, maka ianya merupakan satu persoalan besar, boleh kah pesawat itu sampai ke lokasi itu, atas sebab, bekalan minyaknya hanya cukup untuk penerbangan 7.5 jam. Semasa berlegar-legar di ruang udara Malaysia, dan kemudian menuju ruang udara Vietnam, dan dikesan pada jam 2.40 pagi di barat Pulau Pinang, bermakna pesawat telah menghabiskan minyak untuk 2 jam penerbangan. Minyak yang berbaki, cukup untuk tiba di North West Perth atau Diego Garcia.

Melihat, teori laluan kemungkinan pesawat itu, adalah melintasi Diego Garcia. Apa kah memang pesawat itu mengarah ke pengkalan Amerika itu? Kalau itulah tujuan pesawat itu, maka terjawablah mengapa pesawat itu ke Selatan.

http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/03/apa-yang-tersirat_21.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...