''...sacrifice is necessary to achieve the goal of free democracy.'' - 2013 Facebook Post by Zaharie Ahmad Shah, Captain MH 370
Tulisan kali ini, menganalisis apakah andaian bahawa juruterbang pesawat malang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 merampas pesawatnya sendiri. Tulisan ini semata-mata merupakan andaian, kebenaranya, hanya pihak yang berwajib sahaja boleh mengsahkannya. Berasaskan kepada kutipan ayat daripada wall facebook juruterbang itu, tragedi kehilangan pesawat MH370, mungkin merupakan satu tindakan jenayah yang berunsurkan politik?
Motif
1.Kecewa kepada kerajaan, atas sebab Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah rayuan atas kesalahan seks luar tabii. Anwar dijatuhi hukuman itu beberapa jam sebelum Zaharie menerbangkan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk dirinya 2. Masalah keluarga, atas sebab isterinya meninggalkan rumah kelaurga sehari sebelum tragedi menimpah pesawat MH370. 3.Menjadikan tragedi kehilangan pesawat MH370 satu misteri abad ini?
Tulisan kali ini, menganalisis apakah andaian bahawa juruterbang pesawat malang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 merampas pesawatnya sendiri. Tulisan ini semata-mata merupakan andaian, kebenaranya, hanya pihak yang berwajib sahaja boleh mengsahkannya. Berasaskan kepada kutipan ayat daripada wall facebook juruterbang itu, tragedi kehilangan pesawat MH370, mungkin merupakan satu tindakan jenayah yang berunsurkan politik?
Motif
1.Kecewa kepada kerajaan, atas sebab Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah rayuan atas kesalahan seks luar tabii. Anwar dijatuhi hukuman itu beberapa jam sebelum Zaharie menerbangkan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk dirinya 2. Masalah keluarga, atas sebab isterinya meninggalkan rumah kelaurga sehari sebelum tragedi menimpah pesawat MH370. 3.Menjadikan tragedi kehilangan pesawat MH370 satu misteri abad ini?
Peranan Co-Pilot: Fariq Abdul Hamid
Fariq sejak pesawat masih dilandasan sehingga mengudara secara berterusan berkomunikasi dengan menara kawalan. Selepas mengucapkan salam terakhir kepada menara trafik udara Subang kerana akan memasuki ruang udara Vietnam, selang dua minit kemudian transponder di cockpit tertutup. Masa dua minit adalah masa yang mencukupi bagi beliau keluar daripada cockpit, dan peluang ini digunakan oleh Kapten pesawat itu mengunci pintu daripada dalam. Fariq, dikatakan julung kali menjadi pembantu juruterbang bagi pesawat B777, tanpa juruterbang ketiga yang bertindak sebagai check pilot. Fariq tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi menguasai pesawat seperti B777, malahan tiada hobi diehard kepada penerbangan, selain hanya berminat pada wanita sexy dan cantik.
Flight Engineer Mohd Khairul Amri Selamat: Apakah terlibat?
Impak Tragedi MH370
Satu tragedi yang menjadi krisis, bukan sahaja dalam negara, malah krisis hubungan dengan negara china, tamparan hebat kepada penerbangan Mas, yang belum pulih daripada kerugian terus menerus.
Kronologi Kejadian
12:36am to 119am Co-pilot speaks to the air traffic controllers from taxiing until take off. Pilot does not say a word.
109am ACARS system located at the back of the plane is turned off.
119am Co-pilot signs off with "all right, good night".
121am Two transponders accessible from the cockpit are turned off
Soon after, radar shows a turn and climb.
Radar shows rapid descent to 20K feet
Plane is tracked in one of two common passenger routes
Eight hours later, final ping is sent by plane. Initial actions
Bunuh diri jarang dilakukan lebih seorang. Fakta menunjukkan bahawa circuit breaker yang berada dibelakang pesawat ditutup sementara co pilot sedang bercakap dengan menara trafik udara. Ertinya co pilot bukan pelaku kehilangan pesawat malang itu. Hanya pilot atau jurutera penerbangan yang mempunyai akses kepada circuit breaker itu. Co pilot mungkin diminta keluar cockpit? Pilot mengambil alih, masa ini dua transponder yang berada di cockpit ditutup.
Membunuh Penumpang
Data yang dirakam Radar menunjukan pesawat terbang meninggi sehingga 45,000 kaki atas permukaan laut. Tujuan naik pada ketinggian ini untuk mengelak dikesan radar, atas sebab pada masa itu, pesawat sepatutnya memasuki ruang udara Vietnam. Selain itu, pada ketinggian ini mengelak signal handphone, sekirannya ada penumpang menghantar mayday. Sekiranya pilot/co pilot telah keluar daripada cockpit, dan menemui pintu tertutup, maka ada masa bagi mereka menggunakan phone sattelite atau menghidupkan ACARS untuk membuat panggilan kecemasan atau mayday. Kita semua tahu, bahawa dari awal-awal lagi, bahawa tiada sebarang panggilan, tiada mayday. Menurut pakar penerbangan, menaik dengan ketinggian 45,000 kaki atas permukaan laut adalah bertujuan mempingsankan semua penumpang. Pilot semasa pada ketinggian itu melakukan depressurise the plane sehingga semua penumpang mengalamai kekuarangan oksigen. Dalam keadaan sama corong oksigen terkeluar, namun hanya boleh bertahan 15 minit, di katakan pesawat itu terbang pada ketinggian 45,000 kaki selama 23 minit. pilot boleh bertahan, atas sebab ada dua corong oksigen lagi standby, selepas itu, pesawat turun ketinggian, kerana pada ketinggian rendah maka memudahkan untuk bernafas. Pesawat mengubah arah, dan ketinggian 3 kali. Semua tindakan itu hanya boleh dilakukan oleh manusia.
Jika pihak lain cuba memasuki cockpit, sudah tentu bukan mudah bagi co pilot meninggalkan kerusinya. Co pilot ada masa membuat penggilan kecemasan. Namun semuanya ini tidak berlaku. Hanya pilot yang punya kuasa untuk meminta co pilot meninggalkan kerusinya, mungkin disuruh ke tandas atau memerikasa sesuatu di belakang pesawat. Pada masa ini, pilot mengambil alih kerusi, dan seterusnya menutup pintu, pada masa yang sama menutup dua transponder, menerbangkan pesawat pada ketinggian di atas limit pesawat, menyebabkan semua penumpang termasuk co pilot terperagkap dengan keadaan, memang corong oksigen terkeluar, namun hanya mampu memberikan oksigen selama 15 minit, bagi yang tidak sempat memasang corong oksigen, seminit boleh menyebabkan seorang itu pingsan, lalu mati. Pesawat diterbangkan selama 23 minit, bagi memastikan semua penumpang pingsan, kemudian pesawat diturunkan ke paras 23,000 kaki, bagi membolehkan pilot memperolehi oksigen, kemudian pesawat diturunkan paras 5,000 kaki, bagi memberi pukulan knock out terakhir kepada 238 penumpang.
Pesawat dilencongkan jauh ke utara Pulau Pinang sebelum berpusing ke Selatan. Tujuan terbang ke arah utara itu, untuk mengaburi radar, kerana laluan itu adalah laluan biasa pesawat komersil. Pada laluan itu, di depan pesawat itu adalah SIA68 menuju Barcelona yang terbang pada 1.25 pagi daripada Lapangan terbang Changi Singapura. MH370 mengekori pesawat itu, agar supaya tidak dikesan radar; sehingga benar-benar yakin bahawa radar tidak lagi dapat mengesan, maka berpusing ke selatan untuk misi last joyride dan memenuhi hasrat kematian tanpa nisan.
Kawasan selatan yang dipilih adalah kawasan terpencil, dengan kedalaman lautan yang sungguh dalam mencecah 5 km, selain arus yang yang kuat, permukaan dasar laut yang dipenuhi gunung berapi dasar laut, juga kawasan berkeadaan cuaca yang tidak menentu. Tujuannya jelas, agar pesawat malang itu tidak akan dijumpai dan menjadi misteri penerbangan sepanjang zaman.
Oleh kerana niat mahu menghilang jejak, maka pesawat tidak akan diterbangkan menjunam, sebaliknya didaratkan dengan sengaja atas permukaan laut, agar pesawat tidak berkecai. Temuan objek yang beratus, besar kemungkinan daripada perut kargo pesawat, yang terburai, selepas dipenuhi air, sehingga barangan yang ringan terapung.
Teori demikian disokong oleh data Satellite Inmmarsat di mana pesawat itu mengirim blips/pings selama 7 jam, sehingga 8.11 pagi 8 Mac.
http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/03/apa-yang-tersirat_28.html
No comments:
Post a Comment