Masuk hari k-17, mencari dan menyelamat pesawat penerbangan Malaysia (Mas) B777-200ER MH370, di mana pada masa ini lokasi pencarian diperhebat di satu kawasan terpencil 1,500 batu barat laut Perth, Australia.
Tanda-tanda bahawa pesawat MH370 terhempas di laut semakin mendekati kenyataan, apabila satellite Australia, China dan Perancis menemukan imej berukuran besar dan dipercayai objek seperti itu berasal daripada pesawat seperti B777.
Selain itu, penemuan pallet kayu bersama ikatan berbagai warna, juga ditemui. Pallet kayu seperti itu, biasanya digunakan dalam pesawat atau kapal laut.
Dalam perkembangan terakhir, polis merampas semua akaun kepunyaan krew pesawat malang MH370, termasuk data hubungan telepon.
MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk krew berlepas daripada KLIA pada 12.41 pagi Sabtu 8 Mac laluan Kuala Lumpur Beijing, sepatutnya mendarat di destinasi akhirnya pada 6.30 pagi yang sama, namun hingga kini tidak pernah sampai.
Kehilangan pesawat MH370, merupakan salah satu kehilangan pesawat misteri terbesar abad ini. Manakan tidaknya, perkembangan teknologi komunikasi, ketenteraan, dan radar pengesan, tidak mampu mengesan kehilangan pesawat berbadan lebar seperti B777; walaupun kali terakhir radar tentera Malaysia mengesan pesawat malang itu 2.40 pagi Sabtu 320 km di utara pulau pinang; selepas itu, tiada lagi tanda-tanda di mana pesawat malang itu. Clue yang ada hanya pada blips/pings pesawat yang diterima satellite, bahawa enjin pesawat itu beroperasi sehingga 8.11 pagi 8 Mac.
Dengan diperolehinya clue serpihan yang dipercayai milik pesawat malang itu, maka harapan untuk menemukan pesawat malang itu dalam masa terdekat adalah tinggi. Namun apa kah yang berlaku dengan penumpang? lebih 2 minggu,kalau lah penumpang berada di atas raft pesawat yang mampu menampung 290 penumpang, apa kah keadaan mereka? mungkin masih ada yang selamat? akan tetapi keadaan suhu yang sejuk di kawasan itu serta angin yang menerpa kawasan itu, kita hanya mampu untuk berharap.
http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/03/apa-yang-tersirat_24.html
No comments:
Post a Comment