Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 18 March 2014

MH370: Tentera Malaysia ke Lautan Hindi....Lautan Mencabar

Ia bukan tugas yang mudah, mencari MH370 di Luatan Hindi adalah sama seperti mencari jarum dalam jerami, namun Malaysia membuktikan komitmennya apabila mengerahkan tentera negara ini ke koridor selatan Lautan Hindi bagi mencari pesawat MH370 yang hilang sejak lebih seminggu lalu.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menghantar aset masing-masing mulai hari ini, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam kenyataan media terbarunya petang Isnin, Hishamuddin berkata, bilangan negara yang menyertai operasi dan menyelamat itu kini meningkat kepada 26 berbanding 14 negara sebelum ini.

"Negara berkenaan ialah Malaysia, Australia, Bangladesh, Brunei, China, Perancis, India, Indonesia, Jepun, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Laos, Myanmar, New Zealand, Pakistan, Filipina, Russia, Singapuara, Korea Selatan, Thailand, Turkmenistan, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Amerika Syarikat, Uzbekistan dan Vietnam," ujar beliau.

Operasi mencari dan menyelamat 239 penumpang dan anak kapal MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing, China pada 8 Oktober lalu kini memasuki fasa baharu apabila diperluaskan secara rasmi ke dua koridor sejak kelmarin.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, Wisma Putra juga sudah menghantar nota diplomatik kepada semua negara di koridor utara dan selatan serta negara lain yang bantuan mereka diperlukan Malaysia.

"Nota diplomatik itu menyenaraikan bentuk bantuan yang diperlukan termasuk maklumat radar dan satelit; operasi mencari di darat, laut dan udara; pelan tindakan operasi mencari dan menyelamat negara berkenaan; butiran sebaran maklumat yang diperlukan dari Malaysia," katanya.

Beliau turut mengesahkan tiga pegawai daripada Agensi Penyiasatan Keselamatan Penerbangan Awam Perancis (BEA) kini berada di Kuala Lumpur untuk membantu operasi SAR itu.

Pegawai berkenaan akan berkongsi kepakaran dan pengetahuan berdasarkan pengalaman yang mereka peroleh semasa mencari pesawat 447 Air France yang terjunam ke Lautan Atlantik di perairan Brazil ketika dalam penerbangan dari Rio de Janeiro ke Paris pada 1 Jun, 2009, mengorbankan kesemua 228 penumpang dan anak kapal.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac. Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.


http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/03/mh370-tentera-malaysia-ke-lautan.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...