Seorang nelayan Kelantan- Azid Ibrahim, sudahpun melapor kepada polis, berkaitan apa yang disaksikan beliau berkaitan sebuah pesawat yang terbang rendah sekitar jam 1.30 pagi Sabtu.
Azid bersama rakannya yang sedang memancing di sekitar Pantai Kuala Besar, Kota Bharu melihat se buah pesawat terbang rendah di bawah awan. Pada kebiasaannya pesawat yang melalui kawasan itu tidak pernah terbang serendah itu menurut nelayan tersebut.
Pesawat itu, terbang seperti biasa, kelihatan tiada masalah. Tiada asap atau bunyi kuat.
Pesawat terbang rendah biasanya mengelak daripada di kesan radar. Selain itu, pesawat juga boleh mengelak, apabila transmitter yang ada pada pesawat tersebut dinonaktifkan.
Pesawat MH370 secara total hilang pada radar pada jam 2.40 pagi Sabtu, namun kini dilaporkan bahawa sebenarnya pesawat hilang daripada radar pada jam 1.30 pagi, kurang sejam selepas berlepas pada jam 12.41 pagi. Kalau benarlah apa yang dilihat nelayan Kelantan itu, maka pesawat itu menutuskan semua alat komunikasi dengan menara kawalan. Fakta menunjukkan bahawa pesawat malang itu mengnonaktifkan semua alat yang boleh mengesannya, apabila seorang juruterbang yang berpusat di Narita, Jepun di mana pada masa itu berada di ruang udara Vietnam dapat berhubung dengan pesawat malang itu menggunakan saluran kecemasan. Keadaan pesawat malang itu sepertimana dikatakan juruterbang yang tidak mahu dikenali itu, di kokpit bunyi terlalu bising, sehingga co-pilot yang menjawab panggilan itu tidak jelas dan tidak dimengerti (mumbling).
Nelayan Kelantan Azid melihat pesawat itu menuju utara, ertinya menuju kawasan udara Vietnam. Jika kesaksian nelayan itu benar, apa kah pesawat yang terbang rendah itu sudah berada di kawasan hutan Vietnam? atau di Selatan China? kerana minyak pesawat tidak akan cukup untuk terbang jauh, atas sebab, terbang rendah memerlukan penggunaan lebih.
Team SAR perlu memperluas kawasan pencarian di wilayah Vietnam dan Selatan China, terutama di kawasan yang bergolak minggu lepas. Mana tahu pesawat itu sudah mendarat di salah satu lapangan terbangnya? Nanning Wuxu atau Nanjing Lukou. Pihak Team SAR perlu mempertimbangkan semua kemungkinan.
|
Posted: 10 Mar 2014 06:58 AM PDT
Hampir 72jam, operasi mencari pesawat B777-200ER nombor penerbangan MH370 dengan 239 penumpang termasuk 12 krew yang hilang daripada radar jam 2.40 pagi 8 Mac 2014, masih berlum terjawab.
Berbagai teori sudah dianalisis dan dimabil tindakan, namun sehingga jam 21.38 waktu Malaysia, belum ada tanda-tanda penemuan pesawat malang itu. Tidak dapat disahkan apa yang berlaku dengan pesawat itu. Tidak juga terhempas, tidak juga dirampas. Kehilangan pesawat MH370 merupakan suatu kejadian pelik, atas sebab belum pernah berlaku dalam dunia serba canggih ini, kehilangan pesawat canggih seperti B777-200 terlalu sukar untuk ditemui. Operasi mencari yang dilengkapi peralatan canggih, termasuk bantuan satellite, belum mampu mengesan pesawat malang itu. Gerakan laut dengan 40 buah kapal, gerakan udara dengan 34 pesawat, boleh dikatakan telah mengharungi ceruk, di kawasan yang boleh dijangkau pesawat itu, berasaskan kelajuan pada masa ianya hilang daripada radar. Satu maklumat daripada pakar2 bawa laut sahaja yang belum memberikan apa-apa kenyataan, kerana pasukan itu masih mejalankan tugas mengesan. Kedalaman laut antara 3,000-4,000 meter merupakan satu penghalang, besar kemungkinan mini submarine perlu digunakan bagi mengesan apa kah pesawat itu berada di dasar laut. Di daratan pula, mustahil tidak dapat dikesan melalui radar, kerana pesawat itu bukan pesawat kecil, apabila terhempas pada kawasan hutan tebal, maka sukar untuk dikesan. Pesawat sebesar itu, jika jatuh di kawasan hutan, setebal manapun, pasti berbekas, atas sebab besarnya pesawat. Ramai yang mengatakan kehilangan pesawat canggih itu dihubungkan dengan Bermuda Triangle; satu andaian yang kurang tepat atas sebab, asia tenggara bukan kawasan segi tiga itu. Usaha manusia tetap usaha manusia. Allah juga yang tahu apa yang berlaku. Sambil berusaha, kita berdoa pada Tuhan, agar semuanya dipermudahkan. |
Posted: 10 Mar 2014 01:48 AM PDT
Mustahil, dalam 60 jam, dengan peralatan canggih, pesawat sebesar jet B777-200ER tidak dapat dikesan. Operasi mencari dengan 40 kapal laut dan 34 pesawat dengan peralatan mengesan yang canggih, masih gagal mengesan MH370.
Kalau pesawat terhempas, pasti ada bangkai atau seriphan. Kalau pesawat meletup di udara, pasti ada imej daripada satelite. Kalau pesawat dirampas, pasti ada permintaan. Namun kalau pesawat terurai di udara juga akan ditemui kepingan pesawat.
Apapun yang berlaku pada pesawat itu, jika mengalami kemalangan, sudah tentunya dapat dikesan oleh pasukan pencari dan penyelamat. Namun sehingga kini, pasukan SAR masih gagal.
Teori yang mungkin tidak masuk akal, memandangkan tempoh sudah lebih 60 jam, pesawat itu diketahui oleh pihak2 tertentu yang berkepentingan, maka pada suatu masa, apabila kerajaan Malaysia pasrah, maka pihak tertentu akan muncul sebagai hero atas sebab mampu mengesan pesawat malang itu. Karena kejadian itu, maka Malaysia akan terhutang budi selamanya.
Kejadian hilangnya MH370 secara misteri sejak 2.40 pagi Sabtu, kini ada pihak tertentu menuding jari pada pihak kerajaan Malaysia, terutama bagaimana terlepasnya pengguna passport curi yang menaiki pesawat itu. Selain itu, tindakan kerajaan yang membiarkan pengurusan mas selama 5 jam terpingah-pingah tidak tahu berbuat apa, kecuali berhubung dengan negara2 yang mempuyai menara kawalan yang dilalui pesawat itu untuk bertanya, samaada pesawat ada check in semasa memasuki ruang udaranya.
Pesawat dikatakan hilang pada radar pada jam 2.40 pagi, manakala ada juga menyatakan telah putus hubungan pada 1.30 pagi, selepas lepas landas pada 12.41 pagi. Pihak Mas hanya membuat pengumuman berkaitan hilangnya pesawat itu pada 7.25 pagi selepas jadual yang sepatutnya pesawat itu mendarat iaitu 6.30 pagi, apabila benar-benar pesawat itu tidak pernah sampai.
Semasa pesawat itu lepas landas, cuaca sungguh baik. Radar menunjukkan pesawat terbang pada kelajuan biasa, semasa sedang naik pada ketinggian 35,000, 120 batu nautika di timur kota Baharu, Kelantan, pesawat dengan tiba-tiba hilang daripada radar menara kawalan negara. Sebelum itu, pihak penguasa Vietnam tidak pasti apa kah pesawat itu sudah memasuki ruang udaranya, kerana pesawat tidak check in, untuk itu pihak penguasa Vietnam menghubungi pesawat yang berada di wilayahnya meminta agar menghubungi pesawat malang itu, untuk memastikan posisi. Menurut juruterbang pesawat yang berpangkalan di Narita jepun, beliau berjaya menghubungi pesawat malang itu menggunakan gelombang kecemasan pada kira-kira 1.30 pagi. Juruterbang itu, menggambarkan bahawa keadaan di kokpit pesawat malang itu sungguh bising, dan percakapan co-pilot tidak jelas, sebelum komunikasi terputus.
Apa kah kehilangan pesawat MH370 akan menjadi isu konspirasi terbesar abad ini? Sebenarnya, tiada siapa yang sanggup mempermainkan nyawa manusia, apatah lagi pesawat itu membawa 239 penumpang termasuk seorang bayi dan dua kanak-kanak.
Melalui hilangnya MH370 secara misteri, telah menguji peralatan canggih negara dalam misi mengesan, apakah memenuhi keperluan masa kini, atau sudah ketinggalan zaman. Memandangkan tempoh masa 60 jam sudah terlampui, tidak syak lagi, peralatan mengesan negara, nampaknya tidak berfungsi seperti mana yang diperlukan. Melihat keadaan ini, mungkin ada negara akan muncul sebagai hero!!!! sama-sama kita tunggu.
|
Posted: 09 Mar 2014 10:13 PM PDT
Walaupun kehilangan MH370 pesawat B777-200ER milik Penerbangan Malaysia (mas) memasuki tempoh 48 jam, pakar-pakar penerbangan, masih buntu. Sehingga kini belum ada tanda-tanda apa yang berlaku terhadap pesawat jet itu.
Pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk 12 krew dan kebanyakan penumpang adalah daripada negara China/Taiwan serta warga negara 13 negara lain termasuk Malaysia, kehilangannya masih belum berjawab. Kini berbagai persoalan timbul menyelubungi kehilangan pesawat tersebut, berbanding jawapan. Berbagai terori dikemukakan, sudah tentunya terori-teori itu daripada meraka yang pakar berkaitan dengan penerbangan. Telah timbul teori berlakunya Mid Air Disintegration terhadap pesawat itu, kerana indikator mengarah kepada keadaan itu. Pesawat yang tiba-tiba hilang daripada radar, tanpa panggilan kecemasan, tanpa kod rahsia daripada juruterbang, bahawa pesawat dalam kecemasan, mengarah kepada kejadian itu. Mid Air Disintegration adalah satu kajian bahawa pesawat terurai dengan sendirinya kerana masalah mekanikal dan struktural. Keadaan ini juga boleh berlaku, jika berlaku letupan diudara. Letupan diketepikan dalam kejadian ini, atas sebab imej daripada Pentagon menunjukkan bahawa tiada sebarang letupan berlaku pada masa pesawat itu hilang daripada radar. Teorii kedua adalah berlakunya tekanan melampau semasa pesawat itu menanjak naik pada ketinggian 35,000 di atas permukaan laut. Tekanan melampau boleh menyebabkan pemanpatan oksigen, sehingga juruterbang tidak mampu bertindak memberi isyarat kecemasan, kerana biasanya dalam keadaan itu, manusia berada dalam keadaan separuh sedar. Pada keadaan tekanan melampau ini, boleh sahaja berlaku bahawa panel transmitter semuanya bertukar kepada nonaktif. Dalam keadaan nonaktif, radar atau antena akan menghalang menerima signal daripada pesawat. Keadaan ini berkemungkinan, atas sebab pihak menara kontroller daripada Vietnam terpaksa meminta pesawat lain yang berada di wilayah negara itu untuk menghubungi pesawat itu dengan menggunakan perhubungan kecemasan. Seorang juruterbang yang berpusat di Narita Jepun, mengatakan bahawa beliau berjaya berhubungan dengan pesawat itu, akan tetapi jawapan yang diterima menggambarkan macam sesuatu berlaku dalam kokpit pesawat malang itu. Keadaan bising sehingga sukar dimengerti percakapan co-pilot kerana kurang jelas (mumbling). Juruterbang itu berjaya menghubungi pesawat malang itu pada jam 1.30 pagi Sabtu. Teori ketiga, ada kemungkinan kehilangan pesawat itu ada hubungan dengan tindakan manusia. Boleh sahaja berpunca daripada juruterbang sendiri atau daripada dua penumpang yang menggunakan passport palsu. Jika dilihat daripada segi tindakan juruterbang, boleh sahaja berlaku tindakan bodoh dengan menjunamkan pesawat, sehingga pesawat masuk ke dasar laut. Tindakan seperti ini, akan juga tidak meninggalkan kesan kepingan pesawat di atas permukaan laut; sebaliknya hanya kesan minyak yang keluar daripada enjin pesawat. Minyak akan timbul, atas sebab desinti yang berbeza antara air dan minyak. Kesan minyak yang berkepanjangan antara 10 dan 15 km yang dikesan di Selatan Vietnam pada Sabtu, ada kemungkinan berasal daripada dua enjin pesawat malang itu. Jika dikaitan dengan penumpang yang menggunakan identiti curi, senjata yang boleh dibawa adalah sejenis senjata cecair, yang boleh mengakibatkan letupan, akan tetapi tiada sebarang tanda-tanda berlakunya letupan. Teori keempat, kemungkinan berlakunya rampasan diudara. Pesawat menuju ke lokasi tertentu dengan kawalan pesawat pejuang. Radar juga tidak dapat mengesan pesawat pejuang itu, atas sebab kecanggihannya. Pesawat pejuang itu memandu pesawat malang itu mendarat pada suatu lokasi tertentu.Mamandangkan negara adikuasa seperti Amerika dan China juga terlibat dalam Team SAR, maka teori ini tertolak dengan sendirinya. |
Posted: 09 Mar 2014 08:48 PM PDT
Sudah 48 jam, tiada clue mengenai pesawat Malaysia MH370. Pesawat malang itu yang berlepas daripada KLIA laluan Kuala Lumpur Beijing pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan hilang daripada radar menara kawalan sejam selepas berlepas sehingga kini masih misteri.
Pakar-pakar penerbangan yang terlibat dengan operasi mencari dan menyelamat, tidak menafikan bahawa teori perurian udara telah berlaku terhadap pesawat itu semasa sedang naik pada ketinggian 35,000 kaki atas permukaan laut. Teori peruraian di udara adalah kemungkinan yang berlaku terhadap pesawat itu, sebabnya jika berlaku demikian, maka adalah sukar menemukan kepingan pesawat. Keadaan inilah yang berlaku terhadap pesawat malang itu. Sehingga kini team SAR, belum menemukan atau menjumpai sebarang clue yang boleh dikaitkan dengan Boeing 777-200ER kempunyaan Sistem Penerbangan Malaysia (mas) itu. Sekiranya pesawat terhempas, sudah tentunya, badan pesawat akan pecah apabila berlakunya impak. Namun sehingga kini, tiada tanda-tanda bahawa pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk 12 krew itu terhempas. Melalui Mid Air Disintegration, bukan sahaja sukar menjumpai kepingan pesawat itu, kesan minyak juga sukar dijumpai. Walaupun spekulasi bahawa pengganas mungkin terlibat dengan kehilangan pesawat itu, atas sebab dua penumpang yang menggunakan passport curi menaiki pesawat itu, namun tiada clue menunjukkan ke arah itu, atas sebab pihak Pentagon Amerika Serikat, tidak mengesan sebarang letupan diudara semasa pesawat malang itu hilang secara tiba-tiba daripada radar. Teori Mid Air Disitegration, adalah satu punca yang mendekati kepada kepadaan pesawat itu, atas sebab tiada tanda-tanda panggilan kecemasan atau kod rahsia daripada juruterbang, bahawa pesawat mengalami masalah teknikal atau kecemasan. Faktor Mid Air Disintegration dihubungkan dengan masalah mekanikal pesawat itu termasuk masalah struktural pesawat. Pesawat itu dikatakan diselenggarakan hanya 10 hari lalu. Apa kah sesuatu konspirasi berlaku semasa penyelenggaran? Pihak penyiasat berkaitan kehilangan pesawat ini, perlu melihat semua sudut, memandangkan pesawat itu selalu melayani sektor KUL- Beijing, dan diketahui ramai rakyat China merupakan penumpang. Minggu lalu telah berlaku amok di Selatan China, Kunming, di mana 33 terkorban dan 143 cedera. Kerajaan China menganggap kejadian itu seperti "9-11" semasa serangan Twin Towers New York tahun 2001. Serangan amok di Kuniming itu ada kaitan dengan kaum Ulgurs, yang berjuang menuntut kemerdekaan daripada China.
http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/03/apa-yang-tersirat_10.html
|
Some write for money. Some write to share. I write to share for your knowledge. Religions, Politics and Conspiracy Theories, these are my fields of interests. I am not a perfect person. Please correct me if you saw my mistakes so that I will learn from it…
Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018
Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)
Monday, 10 March 2014
MH370: Terbang Rendah- Nelayan Kelantan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Featured post
Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia
Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...
-
Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...
-
Arkib : 12 Ogos 2017. Sayap Ilusi, Wings - maksud disebalik lagu (video) Sayap Ilusi, Wings : maksud disebalik lagu (video) https...
-
Artikel dari Repair Gambar Lama Seniman Nordin Ahmad Meninggal Dunia MEMPERINGATI 50 TAHUN PEMERGIAN SENIMAN NORDIN AHMAD Pada suatu petang ...
No comments:
Post a Comment