Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 17 March 2014

#MH370: TUDM, TLDM hantar aset ke koridor selatan


KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menghantar aset masing-masing ke koridor selatan Lautan Hindi bagi mencari pesawat MH370 yang hilang sejak lebih seminggu lalu.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, bilangan negara yang menyertai operasi dan menyelamat itu kini meningkat kepada 26 berbanding 14 negara sebelum ini.

"Negara berkenaan ialah Malaysia, Australia, Bangladesh, Brunei, China, Perancis, India, Indonesia, Jepun, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Laos, Myanmar, New Zealand, Pakistan, Filipina, Russia, Singapuara, Korea Selatan, Thailand, Turkmenistan, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Amerika Syarikat, Uzbekistan dan Vietnam," katanya dalam satu kenyataan pada 2.15 petang tadi.

Operasi mencari dan menyelamat 239 penumpang dan anak kapal MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing, China pada 8 Oktober lalu kini memasuki fasa baharu apabila diperluaskan secara rasmi ke dua koridor sejak kelmarin.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, Wisma Putra juga sudah menghantar nota diplomatik kepada semua negara di koridor utara dan selatan serta negara lain yang bantuan mereka diperlukan Malaysia.

"Nota diplomatik itu menyenaraikan bentuk bantuan yang diperlukan termasuk maklumat radar dan satelit; operasi mencari di darat, laut dan udara; pelan tindakan operasi mencari danmenyelamat negara berkenaan; butiran sebaran maklumat yang diperlukan dari Malaysia," katanya. 

http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/03/berani-membuat-pilihan_17.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...