Keluarga penumpang pesawat MH370 dari China melepaskan kemarahan mereka hari ini dalam pertemuan pertama di Beijing bersama pegawai kerajaan Malaysia selepas dua minggu pesawat itu dilapor hilang, lapor agensi berita AFP.
Acara itu terus dimulakan dengan ahli keluarga yang marah dan menengking wakil kumpulan politik dan pegawai kanan tentera apabila mereka bangun untuk memperkenalkan diri.
"Kamu membuang terlalu banyak masa," jerit salah seorang waris keluarga seperti dilapor AFP.
153 warga China merupakan penumpang dalam pesawat MH370 yang merupakan dua pertiga daripada jumlah keseluruhan penumpang.
Perjumpaan itu diadakan di sebuah hotel di mana ahli keluarga ditempatkan bagi mendengar perkembangan semasa.
Semalam, Australia menunjukkan gambar yang berkemungkinan serpihan pesawat di selatan Lautan Hindi namun pihak berkuasa Malaysia masih belum mengesahkannya.
Delegasi Malaysia tiba di Beijing malam semalam selepas berulang kali permintaan dibuat ahli keluarga untuk mempertikai kerja mencari dan menyelamat yang yang dilakukan Malaysia.
Perbincangan harian sebelum ini di hotel bersama wakil Malaysia Airlines dan ahli keluarga mengundang kekecewaan kerana tidak banyak jawapan yang dapat diberikan.
Ahli keluarga mengugut mogok lapar dan berdemonstrasi sejak beberapa hari lalu.
AFP juga difahamkan wujudnya percubaan menubuhkan kumpulan bagi terus memberi tekanan kepada Putrajaya.
Pegawai polis beruniform mengawasi wartawan asing di luar bilik perbincangan sebelum rundingan selama tiga jam itu dimulakan sementara organisasi media China kekal berada di dalam.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pada Rabu pasukan tingkat tinggi akan memberi penerangan dan kemaskini kepada waris penumpang berhubung perkembangan terkini serta kerja mencari dan menyelamat.
Pasukan tersebut terdiri daripada wakil pejabat perdana menteri, Kementerian Luar, Tentera Udara Diraja Malaysia, Jabatan Penerbangan Awam dan Malaysia Airlines.
Pasukan itu termasuk wakil dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar, Tentera Udara Diraja Malaysia, Jabatan Penerbangan Awam dan Malaysia Airlines.
Ia diketuai Leftenan Jeneral Dato' Sri Ackbal Abdul Samad (Komander Operasi Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia), dibantu oleh Ahmad Nizar Zolfakar (Pengarah, Perkhidmatan Trafik Udara, Jabatan Penerbangan Awam) serta membabitkan seorang juruterbang kanan pesawat 777.
Awal minggu ini ahli keluarga penumpang pesawat itu berang dan menuduh Putrajaya menyembunyikan maklumat dan mengelirukan orang ramai tentang kerja mencari dan menyelamat.
http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/03/berani-membuat-pilihan_22.html
No comments:
Post a Comment