Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 15 March 2014

SENGAJA TUKAR LALUAN , TEORI HIJACK /RAMPASAN SEMAKIN TERJAWAB #Pray4MH370 #MalaysiaAirlines


1.  Hasil siasatan terhadap data satelit terbaru, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah  mengesahkan, pesawat yang dikesan radar utama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpatah balik adalah penerbangan MH370.   HEBAT KECANGGIHAN RADAR TENTERA KITA  !!

2. Tetapi belum confirm lagi pesawat  pesawat berkenaan dirampas. Ia berdasarkan bukti  alat komunikasi pesawat (ACARS) berkenaan dimatikan sebelum tiba di Pantai Timur Malaysia manakala transponder pula dimatikan berhampiran sempadan ruang udara Malaysia-Vietnam.

 "Selepas itu maklumat radar utama Tentera Udara Diraja Malaysia menunjukkan pesawat MH370 berpatah balik. Foto FOTO Reuters Ia kemudian bergerak ke Barat melalui Semenanjung Malaysia sebelum berpusing ke arah Barat Laut. 

Pergerakan ini konsisten dengan perbuatan sengaja seseorang dalam penerbangan berkenaan," katanya dalam sidang media khas di Hotel Sama-sama, KLIA.  Katanya, semua data disahkan selepas siasatan forensik bersama FAA, NTSB, AAIB dan pihak berkuasa Malaysia.

 "Berdasarkan data baru ini, komunikasi terakhir antara pesawat dan satelit adalah pada jam 8.11am waktu Malaysia, Sabtu 8 Mac. Pasukan siasatan sedang membuat pengiraan lengkap yang akan menentukan sejauh mana pesawat berkenaan terbang selepas kali terakhir berhubung. "Disebabkan jenis data satelit, kami tidak dapat sahkan lokasi pesawat ketika hilang perhubungam," katanya. 

 Menurut Najib, komunikasi terakhir pesawat dengan satelit menjurus kepada dua lokasi iaitu koridor Utara (sempadan Kazakhstan, Turkmenistan sehingga ke Utara Thailand) atau Koridor Selatan (Indonesia dan Selatan Lautan Hindi). 



3.  Operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan dihentikan dan aset sedang dipertimbang untuk dibawa ke Barat Malaysia.

4.  Selain itu , POLIS MALAYSIA   hari ini juga telah pergi ke rumah Kapten Zaharie bagi menyiasat dan mengeledah rumah beliau selepas pesawat MH370 disahkan  sengaja menukar laluan . klik di sini



Ini kerana Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini  berkata siasatan terhadap kehilangan pesawat MH307 ini meliputi siasatan terhadap sama ada terdapatnya mana-mana masalah peribadi dan psikologi penumpang dan kru selain kemungkinan seperti rampasan, sabotaj dan juga kegagalan mekanikal pesawat.

5. Jadi Pilot MH370 Kapten Zaharie  merupakan individu penting dalam perlu disiasat bagi  bagi membantu  mengesan pesawat ini pergi . Samada dia terlibat atau atau ada pemandu lain yang berkemahiran tinggi mengendalikan pesawat ini , biar Polis dan penyiasat merungkai misteri ini .

6. Bagi GPB , sidang media tergempar oleh PM hari ini telah memberi banyak  hint &  petunjuk  ke mana arah pesawat MH370  .  Teori rampasan / hijack kini semakin  terjawab  !!


http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/03/pejuang-bangsa_15.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...