Kajian mengenai isyarat dan simbolisma dipanggil Semiotik (Semiotics). Sebelum seorang kanak-kanak memahami tentang peraturan, ia terlebih dahulu mengenal simbol dan bahasa isyarat yang bersifat visual (gambaran). Alam fizikal dunia ini digarap melalui pelbagai sensasi deria rasa. Namun ia tidak memadai kerana manusia perlu belajar berkomunikasi. Melalui simbolisma kita mengajar seorang kanak-kanak menggunakan inteleknya untuk menterjemahkan sesuatu atau untuk mengekspresi diri.
[Versi pendek]: Simbolisma dajjal - Sheikh Hamza Yusuf
[Versi penuh]: Sheikh Hamza Yusuf - In the midst of dajjal (di ambang dajjal)
Biru bermakna "sejuk". Merah bermakna panas. Simbol panah ↑ bermakna "atas". Simbol panah ↓ bermakna "bawah".Semiotik atau semiologi merupakan terminologi yang merujuk pada ilmu yang sama.Istilah yang berasal dari kata Yunani semeion yang berarti ‘tanda’ atau ‘sign’ dalam bahasa Inggris itu adalah cabang ilmu yang mempelajari sistem tanda dan simbolisma sebagai bentuk bahasa, kod, perisyaratan.
Secara umum, semiotik adalah teori falsafah umum yang melibatkan penggunaan simbol dan tanda sebagai suatu sistem kod untuk penyampaian dan penerimaan (komunikasi) maklumat.Di dalam satu khutbah Jumu'ahnya, Sheikh Hamza Yusuf telah menyampai sebuah hadits qudsi yang sangat panjang.
Ketika sampai pada bahagian dajjal; “Tertulis (dengan abjad/huruf) antara kedua matanya KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap orang mukmin, sama ada mereka boleh membaca mahu pun yang tidak." (Thabarany)
Beliau memberi mitsalan bahawa melalui kaedah semiotik samada orang itu buta huruf atau tidak, dia tetap akan memahaminya kerana menurut kaedah semiotik, bahasa dikomunikasikan melalui simbolisma.Oleh itu sistem dajjal sudah lama mempelopori kajian semiotik ini dan ia disemaikan dalam pelbagai dimensi kehidupan kita masakini.
Sheikh Hamza Yusuf memberi contoh simbol "SHELL". Tanyalah siapa pun bila melihat simbol tersebut mereka tetap akan kata "SHELL". Walaupun seorang yang buta huruf dia tetap akan kata "SHELL". Walaupun tiada kelihatan abjad seperti yang kita faham kerana ia dikomunikasikan melalui simbolisma. Demikianlah yang boleh kita takwilkan pada makna 'Kafir' pada dahi dajjal.
Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a., Rasulullah (صلى الله عليه و سلم) bersabda: Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! (صلى الله عليه و سلم) Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi (صلى الله عليه و سلم) menjawab, Siapa lagi kalau bukan mereka. (Hadis Riwayat Muslim)
Dari An Nu’man bin Basyir radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata bahwa ia mendengar Rasulullah (صلى الله عليه و سلم) bersabda,
إِنَّ الْحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ لاَ يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِى الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِى الْحَرَامِ كَالرَّاعِى يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيهِ أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلاَ وَإِنَّ حِمَى اللَّهِ مَحَارِمُهُ
“Sesungguhnya yang halal itu jelas, sebagaimana yang haram pun jelas. Di antara kedua nya terdapat perkara syubhat -yang masih samar- yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Barangsiapa yang menghindarkan diri dari perkara syubhat, maka ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Barangsiapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka ia bisa terjatuh pada perkara haram. Sebagaimana ada pengembala yang menggembalakan ternaknya di sekitar tanah larangan yang hampir menjerumuskan nya. Ketahuilah, setiap raja memiliki tanah larangan (himma) dan tanah larangan Allah di bumi ini adalah perkara-perkara yang diharamkan-Nya.” (HR. Bukhari no. 2051 dan Muslim no. 1599)
Source:
https://www.facebook.com/notes/al-faedah/simbolisma-dalam-sistem-dajjal-sheikh-hamza-yusuf/399302620191737
No comments:
Post a Comment