SEPANG 9 Mac.-Operasi mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang lebih 24 jam yang lalu masih belum menemui sebarang petunjuk.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Datuk Azaharuddin Abdul Rahman berkata, operasi yang dijalankan malam tadi tidak menemui sebarang petanda lokasi pesawat yang membawa 239 penumpang dengan 12 anak kapal itu.
"Kita menyambung semula operasi pagi ini bermula pukul 7 pagi tadi," kata Azaharuddin.
Dalam sidang akhbar pertama bagi hari kedua itu Azaharuddin turut diasak dengan soalan mengenai dakwaan dua penumpang menggunakan passport yang dilaporkan dicuri di Thailand.
Azharuddin juga ditanya mengenai dakwaan kononnya pesawat MH370 itu pernah mengalami kemalangan dibahagian sayap.
"Kita sedang siasat dakwaan-dakwaan ini dari segenap sudut," kata Azaharuddin.
Beliau turut menolak dakwaan bahawa kononnya tumpahan minyak telah dikesan di perairan Vietnam.
http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/03/terkini-mh370-masih-belum-ada.html

No comments:
Post a Comment