Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 11 April 2014

CINA TERTINDAS? KERAJAAN ZALIM? YANG KAYA RAYA TU SEBAB TERTINDAS JUGA KE?


ERTI TAAT SETIA: BAIK SUNGGUHLAH KERAJAAN MALAYSIA INI

Pada satu petang seorang pelajar Malaysia peringkat pasca siswazah di sebuah universiti di United Kingdom (UK) sedang fokus bekerja sambilan di sebuah sekolah di kota Glasgow bagi mencari wang tambahan sara hidup.
Tiba-tiba dia disapa oleh seorang guru di sekolah itu yang katanya berasal dari Hong Kong dan telah lama menetap di UK.
Guru itu sudah lama memerhati budak Melayu tersebut bekerja dan ingin bertanya sesuatu.
"Saudara dari Malaysiakah?"
"Ya, jawab pelajar itu."
"Boleh saya tanya satu perkara."
"Boleh," jawab pelajar itu ringkas.
"Benarkah orang Melayu di negara saudara menindas kaum minoriti?" tanya cikgu wanita berkenaan.
Pelajar lelaki itu terpinga-pinga? "Mengapa puan tanya soalan begitu?"
"Saya diberitahu oleh seorang rakyat dari Malaysia yang mereka ditindas teruk di negara saudara. Mereka kata mereka warganegara kelas kedua."
Muka pelajar itu merah padam. Malu pun ada. Merasa dimalukan pun ada.
"Pernahkah puan melawat Malaysia?"
"Tidak pernah," kata guru itu ringkas.
"Tahukah puan, kaum itu di Malaysia adalah orang yang paling kaya di Malaysia. Merekalah yang menguasai ekonomi Malaysia. Merekalah juga yang paling berjaya dalam bidang-bidang profesional."
Jawab pelajar itu lagi "jika negara saya menindas orang itu, mereka tidak akan berjaya dan kaya seperti itu. Tahukah puan lagi, mereka juga adalah antara yang berada dalam 10 teratas bilionair di negara saya."
Guru itu pula terpinga-pinga. Pelajar itu bertanya lagi guru itu.
"Oleh kerana puan tidak pernah ke Malaysia, saya menjemput puan melawatlah negara saya yang aman, damai, sentosa, makmur dan cukup indah itu. Tengok dengan mata sendiri."
Cikgu itu tersenyum dan berlepas pulang.
Baiknya hati Melayu itu..
tak terbandingkan....
Selagi yang ada sanggup diberikan...
waima negara sendiri!!
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan,
Suami pulang lapar tak makan,
Kera di hutan disusu-susukan,
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Tetapi malangnya, kebaikan kita sering kali diambil kesempatan pula oleh orang lain. Kebaikan kita, dibalas dengan tuba.
Saya enggan mengulas panjang mengenai isu ini, bimbang nanti dituduh rasis pula. Tetapi fikir-fikirkanlah.
Benarkah kita ini terlalu lurus bendul? Allahualam.

https://www.facebook.com/groups/1374407939469815/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...