Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 27 April 2014

Dr. Asri tegur portal Keadilan ubahsuai hadis nabi untuk Anwar

Kecoh dengan sikap pemimpin Islam yang sanggup tunduk pada mayat Karpal Singh, portal-portal mereka mula menulis hadis sendiri demi mempertahankan pemimpinnya.

Dicelah-celah itu, Dr Asri menyuarakan pendapatnya berkenaan kesangsian beliau terhadap hadis yang telah dimanipulasi oleh pihak yang terbabit.
Dr. Asri berkata:
Saya tindak pasti sejauh mana ketepatan laporan akhbar rasmi Parti Keadilan ini. Jika benar ia merupakan satu tokok tambah kepada hadis Nabi s.a.w. Walaupun hadis Nabi s.a.w tentang bangun ketika jenazah yahudi lalu itu sahih namun tiada tambahan 'tunduk dan diam' dalam mana-mana riwayat.

Jika tidak, pasti para sarjana tiada khilaf tentang 'illah (punca hakiki) bangun tersebut. Adalah dilarang menokok tambah hadis yang memberikan implikasi makna lain dari maksud asal sesebuah riwayat.

Semua pihak kena berhati-hati berkaitan hadis. Sebelum ini kita ada ulama muda sebuah parti yang sering meletakkan hadis luar dari konteks untuk maksud politik mereka. Sehingga menyatakan harga naik ketetapan Tuhan untuk menjustifikasikan keadaan politik yang ada tapi tidak pula mahu menyatakan air tiada itu ketetapan Tuhan kerana itu tidak menguntungkan politik mereka.

Ada penceramah yang membawa hadis palsu dalam menarik pendengar. Jangan pula ada yang menokok tambah hadis untuk menjustifikasikan tindakan politik tertentu.

Jenazah bukan muslim dihormati dengan cara yang Islam ajar kita, tidak memerlukan 'penambahan sendirian berhad' ke atas riwayat yang sahih. Pihak berkenaan hendaklah menarik balik penambahan tersebut.

Apa pula kata alim ulama dari sebelah sana?


http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/04/berani-membuat-pilihan_23.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...