Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 14 April 2014

Enjin Kapal Terbang MAS Terhenti – Zarul Umbrella

zarul umbrella
gambar oleh zarulumbrella.com
“Kerap juga saya ditugaskan ke Beijing menggunakan laluan itu, tapi tidak pernah berdepan situasi cemas. Sepanjang 14 tahun sebagai pramugara, hanya sekali saya mengalami keadaan menakutkan apabila enjin kapal terbang tiba-tiba tidak berfungsi”, kata vokalis kumpulan Umbrella, Zarulkefli Husin.
“Kebetulan saya bercuti, kalau tidak mungkin saya antara anak kapal yang ditugaskan ke Beijing,” katanya yang juga pramugara.
Penyanyi era 1990-an itu berkata, dia memang sengaja memohon cuti untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.
“Semua anak kapal berkenaan adalah rakan saya. Dua minggu lalu, saya ditugaskan dengan seorang daripada mereka ke London. Kami sempat ke gimnasium dan bersarapan. Saya terkejut dan sedih dengar berita itu.
Menurutnya lagi, dia tidak dapat membayangkan tindakan rakannya menenangkan penumpang yang panik.
Sementara itu, Zarul turut meluahkan rasa kecewa terhadap Zed Zaidi yang mengemas kini status laman sosial Twitter miliknya seolah-olah menganggap kejadian itu perkara kelakar.
“Satu dunia berdoa dan terus berharap mereka selamat. Semua orang bersedih. Tidak wajar dia menulis sedemikian, bayangkan kalau keluarga kita ada dalam pesawat itu.
“Mungkin perkataan ‘hilang’ itu bagi dia hanya sekadar hilang di udara dan bukannya terhempas. Tapi isu status itu sudah selesai. Zed memadamkan status itu dan meminta maaf,” kata Zarul.
http://www.blogammar.com/enjin-kapal-terbang-mas-terhenti-zarul-umbrella/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...