Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 4 April 2014

`Good night Malaysian three seven zero' perbualan terakhir

Kuala Lumpur: `Good night Malaysian three seven zero' adalah perbualan terakhir dalam transkrip antara Menara Kawalan (ATC) dan kokpit pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, kata Kementerian Pengangkutan, malam tadi.

Menurut kenyataan kementerian perbualan itu dirakamkan pada jam 0119 (waktu Malaysia) 8 Mac.

Kementerian Pengangkutan berkata, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan forensik untuk menentukan sama ada perkataan terakhir yang dirakamkan dari kokpit itu diucapkan oleh juruterbang atau pembantu juruterbang.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan persoalan yang dibangkitkan pada sidang media oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berhubung komunikasi terakhir antara kokpit dan pengawal trafik udara.

Kenyataan itu menyebut Hishammuddin juga sudah mengarahkan pasukan penyiasatan supaya mengeluarkan transkrip penuh itu, yang akan diberikan ketika taklimat kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal penerbangan MH370.


http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/04/berani-membuat-pilihan.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...