Ketika semua orang masih dalam kegelapan apa sebenarnya terjadi pada penerbangan MH370 yang berakhir di Selatan Lautan Hindi pada 8 Mac komunikasi terakhir pesawat itu dengan Menara Kawalan Udara Kuala Lumpur terus menjadi bahan bualan.
Mungkin ada yang merasai dicelah kata-kata itu boleh memberi secebis indikasi keatas misteri kehilangan pesawat itu sekalipun sebelum ini beberapa kali sudah diberitahu penyiasat dapati ia perbualan biasa mengikut prosedur.
Kata orang mungkin tidak puashati kalau tidak tengok sendiri transkripnya.
Dalam sidang akhbar MH370 petang Ahad,seorang wartawan asing telah meminta agar transkrip kominukasi didedahkan kepada umum.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata pihaknya tiada masalah memberi transkrip komunikasi itu jika mendapat lampu hijau dari pihak penyiasat.
Katanya Malaysia tidak akan sorok apa jua maklumat mengenai insiden itu.
Isnin terbukti beliau berpegang kepada kata-katanya bila Kementerian Pengangkutan mengeluarkan transkrip penuh komunikasi antara MH370 dan Menara Kawalan Udara Kuala Lumpur.
Dalam satu kenyataan, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata transkrip itu turut dikongsi dengan anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat yang hilang itu dan juga media.
"Tiada petunjuk terdapat sebarang perkara yang tidak normal dalam transkrip itu. Pada mulanya transkrip itu diadakan sebagai sebahagian daripada siasatan polis," katanya dalam kenyataan lima perenggan.
Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan kini berada di Hawaii menghadiri Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean pertama.
"Sebelum ini, Malaysia Airlines (MAS) telah menyatakan bahawa siasatan awal menunjukkan suara kata-kata terakhir itu adalah daripada pembantu juruterbang," katanya.
Hishammuddin berkata: "Polis berusaha mengesahkan keyakinan ini dan ujian forensik rakaman sebenar sedang berjalan.
Dalam kenyataan itu beliau juga berkata pasukan penyiasat antarabangsa dan pihak berkuasa Malaysia tetap berpendapat bahawa sehingga titik di mana pesawat itu melepasi liputan radar utama tentera, pergerakan MH370 itu konsisten dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang di dalam pesawat.
Hishammuddin juga berkata taklimat tertutup untuk anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370 akan diadakan di Kuala Lumpur esok.
Katanya Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan MAS akan mengetuai taklimat itu, dengan moderatornya wakil khas Perdana Menteri ke China, Tan Sri Ong Ka Ting.
"Pakar-pakar teknikal dari Malaysia, China dan Australia akan menyertai taklimat itu dan duta besar China di Malaysia, Huang Huikang akan menghadirinya," katanya.
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Berikutan itu, gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan, pada mulanya di Laut China Selatan dan kemudian, setelah didapati pesawat itu mengubah laluannya, di dua koridor - koridor utara yang merentas dari sempadan Khazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi.
Hasil analisis terhadap data satelit yang belum pernah dibuat sebelum ini, syarikat dari United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) membuat rumusan bahawa Pesawat MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat itu, bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".
http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/04/ini-dia-transkrip-penuh-mh370-dengan.html

No comments:
Post a Comment