Assalamualaikum Hai.
This entry should be posted yesterday, time hari Jumaat sebenarnya. Tapi tak habis type and then dah malas. So takpe hari bila bila pun boleh la hahaha.
Semua orang tahu al-Fatihah la surah paling basic. Bila nak start baca al-Quran ke apa mesti start dgn al-Fatihah. Solat pun diwajibkan baca al-Fatihah. So kira baca al-Fatihah ni dah macam rutin and memang wajib hafal lah.
Maksudnya:
1- Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
2- Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3- Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
4- Yang memiliki Hari Pembalasan.
5- Hanya Engkau lah yang kami sembah dan hanya pada Engkau lah kami meminta pertolongan.
6- Tunjukkan lah kami jalan yang lurus.
7- Iaitu jalan yang Engkau telah berikan nikmat kepada mereka. Sedangkan mereka itu bukan lah orang yang dimurkai dan bukan pula orang yang sesat.
Kelebihan Surah al-Fatihah
Diamalkan 7 kali selepas solat fardhu.
Diamalkan 20 kali selepas solat fardhu tanpa berkata-kata.
Dibaca 40 kali pada air.
Diamalkan 41 kali setelah qabliah Subuh (sebelum solat Subuh).
Dibaca 41 kali bersama surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas sebelum tidur.
Diamalkan 100 kali sehari pada tiap-tiap selepas solat.
Kalau nak diikutkan ini baru sikit sangat kelebihan baca surah al-Fatihah ni. Kalau nak tau lebih banyak lagi boleh google je confirm ada banyak lagi fadhilat amalkan membaca surah al-Fatihah ni. Start sikit-sikit. Kalau kita tak mampu nak buat yang banyak, kita buat la sikit and try to improve everyday. Kan? :)
http://nad-lifeisfun.blogspot.com/2014/04/kelebihan-membaca-surah-al-fatihah.html

No comments:
Post a Comment