Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, kesemua tujuh Ahli Parlimen parti itu akan berada di Dewan Rakyat pada Rabu jika PAS membentangkan cadangan pindaan Perlembagaan bagi tujuan berkenaan.
"Undi kami adalah undi suara hati," kata beliau sambil menegaskan bahawa MCA mendukung Perlembagaan Persekutuan dan menolak apa-apa yang bertentangan dengannya.
Wee juga menegaskan bahawa memandangkan RUU berkenaan bukan dibentangkan oleh Kerajaan maka MCA tidak diwajibkan untuk menyokongnya.
Selain itu beliau turut mencabar Ahli Parlimen bukan Islam dari DAP dan PKR terutamanya Ahli Parlimen Gelang Patang, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng secara terbuka menyatakan pendirian mereka mengenai Rang Undang-undang tersebut.
Lim adalah penasihat DAP dan Guan Eng adalah setiausaha agungnya manakala kebanyakan daripada 38 Ahli Parlimen DAP adalah bukan Islam.
"Malah DAP dan PKR yang menjadi sekutu PAS juga harus bertanggungjawab terhadap percubaan parti Islam itu membentangkan RUU berkenaan," katanya.
http://celahgelegar.blogspot.com/2014/04/kafir-bersatu-mca-sepakat-tolak-hudud.html
No comments:
Post a Comment