KUALA LUMPUR: Walaupun didesak supaya menarik balik kenyataan dan bertaubat, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetap teguh dengan pendirianya yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan Enakmen Kanun jenayah Syariah II di negeri Kelantan.
"Pendirian saya dari dahulu sehingga sekarang tidak berubah. Hudud ini adalah sebahagian dari syariah Islam dan ianya memang baik tetapi bolehkah orang Islam melaksanakan hukum hudud mengikut kehendak agama," katanya dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) disini.
Tambahnya lagi, beliau sememangnya tidak percaya hasrat pihak yang hendak melaksanakan hukum hudud itu kerana ianya tidak mengutamakan keadilan seperti yang dikehendaki oleh hukum hudud Islam tetapi perlaksanaannya lebih menjurus kepada hukum hudud pihak tersebut.
"Dalam Al-Quran ada 43 ayat yang menyebut tentang keadilan tetapi apa yang ditumpukan kini bukanlah keadilan hukum sebaliknya ianya lebih ditumpukan kepada cara bicara seperti mesti mempunyai empat orang saksi dan hukum yang akan diberikan itu mestilah berat,".
"Meskipun dikatakan bahawa orang Islam itu bersaudara, ada juga orang Islam yang selalu mencabul dan mengetepikan ajaran agama Islam seperti membunuh dan perkara-perkara lain yang bertentangan dengan ajaran agama Islam."
Beliau berkata dalam Islam bukanlah hukuman berat yang menjadi perkara utamanya tetapi keadilan yang harus dijulang dan diutamakan.
"Kalau hendak potong tangan orang pun mestilah adil kerana di negara kita ini ada kaum Cina, India, Melayu, Islam dan bukan Islam. Jika semua orang Islam yang buat salah kena potong tangan sampai kudung tetapi orang bukan Islam sahaja yang masih mempunyai tangan, bagaimana pulak itu?," tegas Tun Dr Mahathir lagi.
Tun Dr Mahathir ditemui selepas merasmikan buku 'Saya, SPR dan Pilihan Raya' tulisan bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Selasa lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) meminta bekas Perdana Menteri itu supaya menarik balik kenyataanya dan bertaubat kerana dikatakan mengkriti
Ini berikutan gesaan Tun Dr Mahathir supaya kerajaan negeri Kelantan mengkaji semula hasrat negeri itu untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah hudud dan qisas.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/tun-m-teguh-dengan-pendirian-tetap-tidak-setuju-dengan-hudud-34695?cp

No comments:
Post a Comment