Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 27 April 2014

MH370: Kemungkinan Mendarat Di Tempat Lain


Pasukan Antarabangsa yang membentuk pasukan pencari MH370, akan melihat kaedah lain, termasuk bahawa pesawat itu sebenarnya mendarat di tempat lain, bukannya berakhir di lautan Hindi.

Anggapan pasukan itu, atas sebab selepas memasuki hari ke-50 operasi mencari, tiada sebarang klue berkaitan dengan pesawat malang itu.

Pesawat Penerbangan Malaysia B777-200ER MH370 bersama 239 penumpang termasuk kru berlepas pada pukul 12.41 pagi 8 Mac tujuan Beijing. Pesawat yang dipandu juruterbang berpengalaman Capt Zaharie Ahmad Shah dan dibantu pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid sepatutnya mendarat di destinasi akhirnya Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Pesawat malang itu, hilang daripada radar kawalan trafik udara Subang pada pukul 1.22 pagi dan dikatakan dikesan oleh radar tentera Malaysia pada pukul 2.40 pagi 320km utara Pulau Pinang. Analisis data radar tentera itu diketahui pada 11 Mac.

Berasaskan analisis data satellite, kepunyaan UK-Immarsat, yang menggunakan Doppler Effect yang berasaskan gelombang, memutuskan bahawa pesawat malang itu berakhir di Lautan Hindi; atas sebab itu, Perdana Menteri Malaysia- Dato Seri Najib membuat pengumuman bahawa pesawat malang itu berakhir di Barat Laut Perth, Australia.

Selepas itu, penumpuan pencarian berlokasi lebih 1,000 batu barat laut Perth, dan pada 5,6,7, Mac dikatakan pasukan pencari berjaya mengesan pancaran daripada Kotak Hitam pesawat itu. Berasaskan sangkaan lokasi Kotak Hitam itu, maka drone dasar laut kepunyaan Amerika Bluefin 21 digunakan untuk melakukan pemetaan dasar laut, selain mengesan objek yang menyerupai bangkai pesawat. Namun kini, hampir 95 peratus kawasan yang diperkirakan lokasi bangkai pesawat, tiada sebarang klue yang berjaya dikesan yang boleh dihubungkan dengan MH370.

Walaupun teknologi canggih seperti Bluefin 21 digunakan, namun ternyata telah gagal menemukan sebarang klue, atas sebab itu, pasukan pencari akan bermula daripada awal, kehilangan pesawat itu, dan sangkaan atau andaian, termasuklah pesawat itu telah mendarat di tempat lain.

Banyak anggapan sebelum ini, walaupun dinafikan, bahawa sebenarnya pesawat itu telah mendarat di Diego Garcia, pengakalan tentera Amerika di lautan Hindi. Selain itu, pihak perisik Russia pula, mengatakan bahawa pesawat telah mendarat di wilayah Pakistan, yang dikawal Taliban. Bagi AYT, berasaskan kegagalan pasukan pencari menemukan sebarang klue selama 50 hari, ada kebenaran bahawa pesawat itu berada di salah satu lokasi yang disebutkan.

Sebenarnya, pihak Amerika lebih arif berkaitan pesawat itu, atas sebab dengan segala teknologi yang ada, selain bahawa pesawat itu adalah buatan negara itu, adalah mustahil, bahawa Amerika tidak mengetahui di mana pesawat bersama 239 penumpang sedang berada.

Kecualilah, dianggap bahawa kehilangan pesawat itu, dijadikan kehilangan misteri pesawat abad ini; sepertimana pengakuan para pegawai Amerika, bahawa pencarian pesawat itu akan memerlukan masa yang sangat panjang. Kapal Titaic yang karam pada tahun 1912, di utara Lautan Atlantik, hanya ditemui pada tahun 1985, 73 tahun kemudian. Mungkin, MH370 akan melampui masa itu, untuk menjadikan satu kehilangan amat misteri.

http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/04/apa-yang-tersirat_26.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...