Alat Pengesan Black Box |
Operasi mencari pesawat MH370 mungkin berlanjutan untuk tempoh masa yang panjang, kata Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), bekas Ketua Marsal Udara Australia, Angus Houston.
Beliau yang sudah bersara berkata, operasi itu mungkin berdepan dengan kekecewaan berikutan kapal yang dilengkapi peralatan mengesan kotak hitam kini berlumba dengan masa untuk mencarinya.
Dengan operasi intensif membabitkan pasukan antarabangsa di barat daya Perth, setakat ini belum ada objek yang diambil ada kaitannya dengan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Houston, berkata, ia adalah operasi mencari yang paling mencabar pernah dilihatnya.
Beliau berkata, usaha mencari HMAS Sydney yang karam di Lautan Hindi pada 1941 selepas dibedil kapal perang Jerman mengambil masa lebih 60 tahun.
"Justeru operasi mencari MH370 bukannya sesuatu yang mampu diselesaikan dalam masa dua minggu lagi," katanya.
"Ia boleh berlanjutan untuk tempoh masa lama namun saya fikir buat masa ini yang penting ialah mencari petunjuk," katanya. - AFP

http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/04/apa-yang-tersirat.html
No comments:
Post a Comment