Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 24 April 2014

Panass!!! MAZA KECAM ANWAR - Si Pemalsu Hadith

KUALA LUMPUR 23 April - Kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pertikaian tindakan beliau tunduk kepada mendiang Karpal Singh yang didokong oleh hadis Rasulullah diselar ekoran ianya jelas diubah dan ditokok tambah.

Bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tidak dibenarkan sesiapa mengubah hadis sahih yang memberikan implikasi makna lain dari maksud assal sesebuah riwayat.

"Walaupun hadis Nabi (Muhammad) s.a.w (ada mengatakan) tentang bangun ketika jenazah yahudi lalu itu sahih namun tiada tambahan 'tunduk dan diam' dalam mana-mana riwayat. Jika tidak, pasti sarjana tiada khilaf tentang 'illah' (punca hakiki) bangun tersebut)," katanya menerusi laman sosial Facebook beliau, hari ini.

Dr Asri berkata demikian bagi mengulas ucapan Anwar pada siri Jelajah Reformasi 2.0 di Lembah Pantai dua hari lepas yang menjelaskan tindakan beliau tunduk kepada mendiang Karpal Singh dan disiarkan di lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat, Keadilan Daily.Ketika ceramah tersebut, Anwar memberi contoh Rasulullah turut bangun, tunduk dan diam ketika jenazah Yahudi lalu di hadapan baginda dan ianya dipraktikkan Anwar pada majlis penyemadian Karpal.
alt
“Rasulullah SAW sedang bicara bersama sahabat. Aada jenazah yahudi yang semasa hayatnya memusuhi Islam, baling najis kepada Nabi. maki hamun.

“Kemudian bila jenazah (Yahudi tersebut) dibawa depan Rasulullah, Baginda bangun, tunduk dan berhenti bercakap," kata Anwar.

Jelas Dr Asri, penceramah seharusnya lebih peka dalam pengguaan hadis dalam ucapan mereka dan tidak seharusnya bertindak secara melulu dengan menokok tambah bagi menjustifikasikan sesuatu terutama dalam hal politik.

"Jangan pula ada yang menokok tambah hadis untuk menjustifikasikan tindakan politik tertentu.

"Jenazah bukan muslim dihormati dengan cara yang Islam ajar kita, tidak memerlukan 'penambahan sendirian berhad' keatas riwayat yang sahih. Pihak berkenaan hendaklah menarik balik penambahan tersebut," tegasnya. 


http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/04/panass-maza-kecam-anwar-si-pemalsu.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...