Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 25 April 2014

WARDINA MERAJUK DENGAN KRITIKAN RAKYAT MALAYSIA.


Selepas kritikan Ostazah segera ni terhadap Ustaz Don Daniyal yang kononnya guna hadis palsu jadi perhatian dan mendapat kritikan banyak pihak di dalam negara, Wardina memilih untuk gantung akaun Facebooknya dan tak mau lagi baca komen dari peminat.

Wardina juga mengaku dah dimaafkan oleh Ustaz Don diatas keterlanjuran tuduhannya tersebut dan mengaku ayat kritikannya tak tepat dan seolah-olah menghina Ustaz Don..

Tapi yang lawaknya, Wardina sendiri sebelum ni menyatakan bahawa dia bukan nak aibkan sesiapa sebaliknya hanya mahu bertanya. Dan bila Wardina buat kritikan serta fitnah secara terbuka dalam Facebook, tak pulak Ustaz Don merajuk..

Sekarang ni bila Wardina pulak dikritik oleh rakyat Malaysia, tahu pulak dia merajuk sampai nak gantung akaun Facebook lah bagai... Poyo betul!!

Berikut adalah coretan beliau menerusi facebook 21 April lalu.

Terima kasih semua. Semoga Allah tunjuk kan saya jalan yang baik dan benar. Betapa lemah nya saya. Betapa banyak nya dosa saya. Ibadah pun tak sempurna. Sunnah pun belum habis semua nya. Semoga Allah ampunkan segala kesalahan saya. Semoga Allah ampunkan kita semua nya. Ya mungkin saya tak sesempurna ahli syurga. Tetapi saya tetap mengharapkan syurga. ..bimbinglah saya… sesungguhnya saya penuh dengan ketidaksempurnaan…

Memang banyak yang saya tak tahu. Banyak betul. Maafkan jika ayat saya tidak tepat dan seolah menghina…

Ustaz Don penuh ilmu… Siapa saya untuk mengaibkannya? Ya penjelasan ustaz semalam sudah. Kesemua ustaz dah jawab. Hanya Allah yang lebih tahu segala nya… Hanya Allah yang lebih tahu.

Sudah saya pohon kemaafan secara personal kepada ustaz. Ustaz kata “tak apa”. Saya doakan ustaz sejahtera. Ini post terakhir saya. Saya akan menyerahkan account ini ke Admin. Saya tidak akan lagi update status buat beberapa waktu. Saya juga tidak akan membaca komen anda. Maaf. Segalanya selepas ini saya pertanggungjawabkan kepada ADMIN WSOP sahaja.

Sebab tu lah ramai yang kata.., patutnya Wardina bertanya secara berhemah dan secara personal dengan Ustaz Don diatas segala kemusykilan yang timbul.. Tak payah la nak tunjuk pandai kepada peminat sendiri dengan letak segala pertanyaan dalam Facebook..

Wardina jangan ingat dia sorang je ada penyokong dan dia sorang je yang mampu kritik orang lain.. Bila jadi macam ni, tahu pulak Wardina merajuk yee..

Apapun.., harapnya Wardina insaf lah lepas ni dari membuat kenyataan syok sendiri macam tu ye.. Lagi bagus jaga anak-anak sendiri yang sedang membesar tu daripada sibuk cari populariti murahan dengan tunjuk pandai dalam agama walaupun sekadar Ostazah segera... Peace!

http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2014/04/wardina-merajuk-dengan-kritikan-rakyat.html?m=1

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...