Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 26 May 2014

Dyana runtuhkan perpaduan Melayu dalam sekelip mata


KUALA LUMPUR – Kejayaan DAP menjadikan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon parti bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan adalah suatu penjajahan politik yang memberi mesej cukup halus kepada rakyat negara ini terutama orang Melayu bersemangat patriotik.

Walaupun, pada pandangan sesetengah pihak menganggap tidak salah untuk peguam muda itu bersama DAP, tetapi hakikatnya DAP berjaya mempergunakan orang Melayu untuk kepentingan partinya.

Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin berkata, berdasarkan fakta itu, DAP secara dalam senyap telah menggunakan formula berbaik dengan Melayu tertentu bagi menarik sokongan umat Islam, sekali gus memberi laluan kepada mereka untuk memecah belahkan perpaduan Melayu.

“Sudah pasti DAP melihat Dyana yang mempunyai semua ciri yang tepat untuk menjadi pelapis kepimpinan muda dalam parti itu sebagai umpan terbaik bagi mereka mengurangkan sokongan Melayu terhadap UMNO.

“Sebab itu, apa yang berlaku hari ini, kita lihat DAP tidak pernah berputus asa mencari jalan untuk mengembangkan pengaruh mereka dalam kalangan orang Melayu kerana mereka telah berjaya mempengaruhi Dyana untuk menyertai parti itu.

“Dengan hanya mengumpan jawatan sebagai Pegawai Khas kepada Penasihat DAP, Dyana dan keluarganya terus lena dalam buaian mimpi. Sedangkan perbuatan itu adalah mimpi buruk bagi orang Melayu,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Zulkifli yang juga seorang peguam berkata, DAP sanggup mengorbankan satu dua kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk diisikan kepada orang Melayu kerana hasil yang bakal diperolehi nanti adalah besar dan berbaloi.

Katanya, pemimpin lain dalam DAP tidak pernah mempunyai sikap iri hati atau tidak puas hati dengan keputusan kepimpinan tertinggi parti itu kerana mereka tahu apa yang dilakukan itu adalah untuk masa depan DAP.

“Malangnya, sesetengah orang Melayu apabila melihat DAP memberi kepercayaan kepada Dyana untuk menjadi calon Parlimen Teluk Intan, sudah hilang pertimbangan dengan terus menyokong parti berkenaan.

“Padahal orang Melayu tidak sedar, inilah sebenarnya permulaan kepada bangsa kita menuju kehancuran dan membuktikan orang Melayu mudah dijadikan mangsa dan berada dalam genggaman bukan Melayu,” katanya.

Beliau menjelaskan, Dyana yang kini berumur 27 tahun adalah seorang graduan lulusan UiTM, manakala ibunya, Yammy Samat merupakan bekas pimpinan Wanita UMNO Bahagian dan bekas Ketua Wanita Perkasa yang pertama.

“Secara logiknya kenapa Dyana tidak memilih parti UMNO, Pas atau PKR atau memilih NGO Islam seperti Perkasa, ABIM atau ISMA untuk bergiat dalam politik serta aktivis?.

“Atau beliau lebih senang memilih DAP kerana tiada larangan untuk tidak memakai tudung, boleh sewenang-wenangnya menolak dan menentang pelaksanaan hudud, kemudian bebas mendesak UiTM supaya dibuka kepada bukan Melayu?,” katanya.

Kata Zulkifli, perbuatan dan tindakan Dyana itu sebenarnya telah merobohkan tembok perkauman, di samping menurut tuntutan DAP mahu hak istimewa Melayu dan Bumiputera dihapuskan atau disamaratakan untuk kaum Cina.

Katanya, Dyana, keluarga serta penyokongnya boleh bertepuk tangan bersorak gegak gempita dengan perbuatannya memihak kepada DAP.

“Sebagai anak Melayu beragama Islam dan lahir daripada perut Melayu serta makan daripada tangan bangsa Melayu, kini bangkit menentang bangsa dan syariat agamanya sendiri di atas pentas parti yang paling rasis, extremis dan pelampau perkauman.

“Beliau dianggap sebagai neo-Melayu yang patut menjadi contoh untuk menguat dan mengukuhkan Melayu, tetapi malangnya Gen-Y ini telah meruntuhkan perpaduan yang dibina sejak sekian lama dalam sekelip mata,” katanya. 

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/05/dyana-runtuhkan-perpaduan-melayu-dalam.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...