Sejak dilantik sebagai Pengerusi Proton, ramai yang ternanti-nanti apa kenyataan pertama Tun Dr Mahathir Mohamad. Bekas Perdana menteri itu dikenali sebagai seorang yang berterus-terang dan mempunyai pandangan yang strategik.
Di Tokyo Jepun, Dr Mahathir yang merupakan pencetus Proton mahu kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan melindungi syarikat automotif nasional itu.
Menurutnya, kerajaan perlu menyediakan satu langkah bagi membolehkan Proton dilindungi daripada persaingan kereta-kereta import yang kini membanjiri pasaran negara.
Jelasnya, Proton memerlukan perlindungan itu kerana ia dianggap masih baharu dalam industri automatif global.
"Keluaran kami masih kecil, sukar untuk kami (Proton), operasi kami belum dalam keadaan skala ekonomi yang baik, jadi pada masa ini sukar bersaing dengan syarikat automotif yang lebih besar kerana mereka mempunyai skala ekonomi," katanya pada sesi dialog dengan panel antarabangsa pada Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-20 mengenai Masa Depan Asia di Tokyo Khamis.
Berkuat kuasa 16 Mei baru-baru ini, Dr. Mahathir dilantik sebagai Pengerusi baharu Proton Holdings Bhd. (Proton) menggantikan Tan Sri Mohd. Khamil Jamil.
Beliau yang merupakan Penasihat Proton sejak 2003 juga dilantik sebagai Pengerusi Group Lotus plc.
Menurut Dr. Mahathir, Proton diwujudkan sebagai sebuah syarikat automotif nasional dan pernah menguasai 80 peratus pasaran kereta dalam negara.
Bagaimanapun, pada ketika ini ia telah merosot kepada 23 peratus sahaja ekoran dasar liberal pengimportan kereta oleh kerajaan.
"Kita cuba bersaing sebaik mungkin, cara terbaik ialah mengembangkan pasarannya ke peringkat antarabangsa," katanya.
Dr. Mahathir menambah, Proton tidak mahu menjadi seperti Thailand yang hanya memasang dan mengeksport kereta sahaja tetapi Proton mahu berusaha lebih daripada itu.
"Kita mahu belajar dari A hingga Z, jadi kita tidak mahu mengeksport seperti cara Thailand," katanya.
http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/05/kenyataan-pertama-dr-mahathir-sebagai.html

No comments:
Post a Comment