Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 26 May 2014

MELAYU WAJIB BANGKIT PERTAHANKAN MARUAH BANGSA DARI TERUS DI HINA!

Pernahkah kita mendengar, terbaca atau melihat orang Melayu menghina agama-agama lain melalui perilaku yang biadap, kurang sopan atau sebagainya? Melayu cukup hormat akan pegangan atau kepercayaan orang lain.

Persoalannya adakah Melayu hanya mahu dan mampu berdiam diri sahaja sekiranya perbuatan-perbuatan biadap terus berlaku dan berleluasa sehingga sampai ke tahap 'cacing cucuk ke mata' atau 'si kaduk naik ke junjung'?

Selain Melayu dan agama Islam dihina, juga hak istimewa Melayu dipersoalkan. Apa yang menjadi masalah dengan hak istimewa tersebut atau ketuanan Melayu? Adakah dengan hak dan ketuanan ini, bukan Melayu merempat dan menjadi hamba? Malah siapa yang lebih hebat hari ini, Melayu yang bergelar tuan atau Cina yang bergelar hamba?

Fakta sejarah jelas membuktikan bahawa Malaysia sebelum ini dikenali dengan Tanah Melayu. Setelah dijajah oleh kuasa asing khususnya British melalui dasar pecah dan perintah serta dasar ekonomi British, Melayu dipinggir dan terpinggir daripada arus kemajuan terutamanya dalam bidang pendidikan dan ekonomi. Kaum asing dibelai dan dibantu manakala Melayu dibiarkan seperti pepatah kera di hutan disusukan, anak di pangkuan mati kehausan.

Sekian lama hak Melayu lebih kurang 446 tahun bukan sahaja dinafikan bahkan dirampas. Salahkah sekiranya hak tersebut dikembalikan secara berperingkat tanpa sedikit pun merampas milik orang lain?

Melayu perlu sedar dan insaf. Bersatulah demi maruah dan kesinambungan kuasa Melayu. Walaupun kita mungkin berbeza tetapi perlu dalam perbezaan cari persamaan seperti kata perpatah, biduk berlalu kiambang bertaut semula dan terus berusaha gigih. Apabila belayar sampai ke pulau, berjalan sampai ke batu.

P/S : Bukan semua Cina itu rasis dan bukan semua cina itu jahat tetapi aku mengutuk mereka yang suka menghina bangsaku!!



https://www.facebook.com/aida.merpatibiru.5?fref=nf

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...