Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 11 May 2014

PM sedih atas pemergian Aziz Sattar

KUALA LUMPUR 6 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersedih atas pemergian seniman veteran, Datuk Aziz Sattar yang meninggal dunia akibat penyakit jantung di Pusat Perubatan KPJ Kajang kira-kira pukul 2 pagi hari ini.

“Saya sedih atas pemergian Allahyarham Datuk Aziz Sattar. Perginya seorang seniman. Al-Fatihah,"
katanya menerusi Twitter milik beliau hari ini.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Beliau menyifatkan pemergiaan Allahyarham ke rahmatullah sebagai kehilangan kepada negara dan berdoa semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama golongan orang beriman.

Jenazah Aziz, 89, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn, Cheras
Perdana di sini kira-kira pukul 2.10 petang.

Terdahulu, jenazah Allahyarham disempurna dan disolatkan di Surau Al-Amin, Cheras Perdana.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140507/dn_06/PM-sedih-atas-pemergian-Aziz-Sattar#ixzz31SjSFeGx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...