Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 11 May 2014

Allahyarham pelopor dunia lawak


KUALA LUMPUR 6 Mei - Allahyarham Datuk Aziz Sattar disifatkan sebagai pelopor industri komedi tempatan lantaran bakat lawaknya yang begitu terserlah menerusi barisan filem-filem lama lakonannya dalam triologi Bujang Lapok bersama Allahyarham Tan Sri P, Ramlee dan S. Shamsuddin.

Bekas Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Harun Salim Bachik berkata, Allahyarham sepanjang hayatnya memiliki bakat luar biasa yang tiada galang gantinya.

“Arwah sangat merendah diri, sekalipun banyak pengalaman dalam dunia seni. Tidak lokek untuk berkongsi ilmu yang dimiliki sesama artis walaupun dengan pelakon baharu. Saya pernah diberi peluang bekerja dengannya dan berdasarkan pemerhatian saya, arwah sangat komited dan begitu profesional. Dia akan terpacak lebih awal berbanding masa yang ditetapkan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Dramatis veteran, Kis­mah Johar pula memberitahu, arwah seorang yang sangat ceria walaupun dalam keadaan tidak berapa sihat.

Katanya, ketika di set penggambaran, arwah tidak pernah menyusahkan orang lain, malah dialah yang menceriakan suasana penggambaran tatkala pelakon lain bosan menunggu giliran masing-masing.

“Kehadirannya di lokasi penggambaran sering menceriakan suasana sekeliling. Saya pasti, ramai yang akan merindui lawak jenaka dan gelak tawa Allahyarham selepas ketiadaannya.

“Walaupun sudah berusia dan kadang-kadang tidak berapa sihat ketika hadir ke set, arwah tetap ceria. Terlalu banyak kenangan bersama arwah yang pasti tidak akan saya lupakan," ujarnya.

Berpendapat sama, pelawak Afdlin Shauki memberitahu, beliau amat terkesan dengan pemergian Aziz kerana arwah banyak memberi tunjuk ajar kepadanya dalam memberi petua membuat lawak jenaka.

“Trio Bujang Lapok dianggap pelopor platform komedi tanah air. Mereka yang membuka ruang untuk pelawak sekarang bertapak. Tanpa mereka, kita belum tahu lagi nasib pelawak sekarang.

“Sepanjang mengenali arwah, dia mempunyai budi pekerti yang sangat baik. Saya begitu bangga apabila berpeluang bekerjasama dengannya dalam beberapa produksi dan bertuah kerana mendapat tunjuk ajar daripadanya," jelasnya.

Pada masa sama, artis muda, Sasha Saidin juga tidak ketinggalan berkongsi pengalaman bersama arwah yang menyifatkan artis legenda itu sebagai bapa komedi.

“Saya pernah tanya dia maksud mantera yang disebut oleh Ali Baba Kassim dan Baba dalam filem Ali Baba Bujak Lapok ketika mahu membuka serta menutup pintu gua yang menempatkan harta karun.

“Arwah menjawab, 'niat aku pergi menghendap orang buang air besar dan lepas menghendap, balik rumah terus tidur'. Saya tak tahu sama ada itu maksud sebenarnya ataupun tidak tetapi ia satu penjelasan yang amat kelakar. Sampai mengalir air mata saya tergelak disebabkan jawapan itu," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140507/dn_07/Allahyarham-pelopor-dunia-lawak#ixzz31Sk8ocsc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...