Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 11 May 2014

P. Ramlee : Pemergian Aziz kehilangan besar dunia seni - Shabery

KUALA LUMPUR 6 Mei - Pemergian bintang filem legenda Datuk Abdul Aziz Sattar merupakan kehilangan besar kepada dunia seni tanah air, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, Allahyarham adalah seniman terakhir yang seiring dengan Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee.

"Saya mengenali beliau secara peribadi, beliau banyak memberi idea kepada saya.

"Saya berasa agak sedih kerana tiada di tanah air untuk menziarahi (jenazah Allahyarham), saya sekarang berada di Jeddah kerana menghadiri Sidang Kemuncak Media Asia 2014," katanya dalam kenyataan kepada Bernama dari Jeddah Selasa.

Abdul Aziz, 89, meninggal dunia di Hospital KPJ Kajang awal hari ini setelah mengalami serangan jantung.
Pelakon protagonis dan pelawak dalam siri filem Melayu Bujang Lapok itu meninggal dunia pada kira-kira pukul 2 pagi, menurut anak perempuannya Sandakiah.

Pada zaman kegemilangannya, Allahyarham berlakon bersama-sama seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarham S. Shamsuddin, sebagai trio Bujang Lapok pada tahun 1950-an. - BERNAMA


© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...