Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 11 May 2014

Jenazah Aziz Sattar selamat dikebumikan


KUALA LUMPUR 6 Mei - Jenazah seniman Datuk Aziz Sattar yang meninggal dunia akibat penyakit jantung awal pagi tadi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn, Cheras Perdana di sini hari ini.

Terdahulu, jenazah Allahyarham disempurnakan dan disolatkan di Surau Al-Amin, Cheras Perdana sebelum disemadikan pada kira-kira 2.10 petang.

Aziz, 89, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2 pagi ini di Hospital KPJ Kajang.

Antara yang hadir pada majlis pengebumian itu ialah Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar; pelakon Datuk Mustapa Maarof, Datuk Rosnani Jamil, Datuk Freddie Fernandez, Datuk M. Nasir, Datuk Rosyam Nor, dan Datuk Hattan serta artis-artis veteran yang lain. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140506/dn_25/Jenazah-Aziz-Sattar-selamat-dikebumikan#ixzz31Siz4j7a
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...