SAYA TERKEJUT DAN TERPERANJAT apabila melihat ramai jemaah dari Malaysia tidak menunggu sebentar selepas Solat fardu untuk Solat Jenazah sewaktu di Tanah Suci
. Saya juga "kecewa" kerana ramai yang tidak mengetahui Cara Melaksanakan Solat Jenazah. Isu ini bukan hanya ketara di Tanah Suci Mekah atau Madinah TETAPI juga di Malaysia . Apabila ada kematian, lebih ramai yang menziarah rumah si Mati , Namun tidak semua ikut sama bersolat Jenazah, ramai lebih gemar berbual dan menghisap rokok di perkarangan rumah si Mati.
Saya masih sedang belajar ilmu Agama, namun memandangkan "perasaan kecewa" melihat ramai yang tidak mengetahui Fadilat dan CARA SOLAT JENAZAH , maka saya ingin berkongsi Ilmu saya yang tidak seberapa ini. Jika ada kekurangan sila tegur saya Ya!
"Kullu nafsin za ikatul mauts";
Setiap yang hidup itu akan menempoh kematian.
Setiap yang hidup itu akan menempoh kematian.
. Kalaulah orang ramai mengetahui bahawa 50,000 pahala menanti hasil 'amal baik Solat Jenazah, mereka pasti mereka berebut-rebut menafikan orang lain manfa'at usaha baik ini.
Bagi, Mereka yg menghantar jenazah ke tempat perkuburannya mendapat ganjaran 1 qirats.
Maksud 1 qirats ,Sabda RasuluLlah s.a.w. "Aku lihat 1 qirats itu semasa israk mikraj adalah sebesar Jabal Uhud. Alangkah ruginya kita tidak merebut peluang ini.
CARA SOLAT JENAZAH RINGKAS DAN SANGAT MUDAH
www.peguamkamalmenulis.blogspot.jp
www.peguamkamalmenulis.blogspot.jp
1. Niat dalam hati;
* Sahaja aku Solat fardhu kifayah atas Jenazah ini, 4 takbir kerana Allah ta'ala
* untuk ma`mum tambah "4 takbir sebagai ma`mum kerana Allah ta'ala"
* dan serentak angkat Takbiratul ihram "Allahu Akbar".
* Baca al-Fatihah hingga tamat
* untuk ma`mum tambah "4 takbir sebagai ma`mum kerana Allah ta'ala"
* dan serentak angkat Takbiratul ihram "Allahu Akbar".
* Baca al-Fatihah hingga tamat
2. Angkat Takbir Kedua "Allahu Akbar"
* Baca salawat : Allahumma salli 'ala Muhammad, wa 'ala ali Muhammad.
* Terbaik baca salawat ke atas Nabi Ibrahim seperti dalam tahiyyat akhir solat biasa.
* Terbaik baca salawat ke atas Nabi Ibrahim seperti dalam tahiyyat akhir solat biasa.
3. Angkat Takbir Ketiga "Allahu Akbar"
* Baca do'a: Allahummagh fir lahum warhamhum, wa 'afini wa' fu anhum
4. Angkat Takbir Keempat "Alahu Akbar"
* Beri salaam: Assalamu 'alaikum wa Rahmat Allah
No comments:
Post a Comment